Kekecohan Di Linkedua, Wanita Cabut Nombor Plat, Tahan MPV Daripada Bergerak [VIDEO]



Kekecohan Di Linkedua, Wanita Cabut Nombor Plat, Tahan MPV Daripada Bergerak [VIDEO]

Rakaman video memaparkan seorang wanita berdiri di hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menahannya daripada bergerak di Linkedua mengubungkan Malaysia dan Singapura, menjadi tular hari ini.

Insiden itu yang antara lain dikongsikan di laman Facebook SG Road Vigilante dikatakan berlaku pada Sabtu, berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar di Iskandar Puteri, Johor.

Kesesakan di kawasan itu tidak menghalang ‘drama’ berkenaan daripada terus berlaku dengan wanita itu dilihat cuba ‘menolak’ MPV hitam terbabit di atas jalan raya.

Tidak hanya menolak MPV itu, Mothership.sg melaporkan, wanita itu turut mencabut nombor plat kenderaan berkenaan dan membalingnya.




Beberapa saat selepas itu, ketika wanita itu beredar, seorang lelaki muncul dari sebuah kereta berwarna merah dengan nombor pendaftaran Singapura.

Lelaki itu berlari ke arah kereta MPV tersebut, bukan untuk membantu meleraikan kekecohan, sebaliknya menunjukkan isyarat lucah kepada pemandunya.

Wanita itu dilihat menahan lelaki berkenaan daripada terus mara dan mereka kemudian kembali ke kereta mereka apabila pemandu MPV terbabit keluar dari kenderaannya untuk mengambil nombor plat yang dicampak.

Insiden itu juga menjadi bahan ketawa netizen yang berkongsikan video wanita itu seolah-olah sama seperti aksi Spider-Man menahan kereta api dalam filem itu sebelum ini.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, polis sedang mengesan suspek kes itu yang diklasifikasi sebagai khianat.




Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan pengadu telah bergesel dengan kereta dipandu dua suspek terbabit.

“Ketika kejadian, mangsa yang menaiki sebuah MPV jenis Toyota Alphard mengubah laluan ke kanan dan telah bergesel dengan sebuah kereta jenis KIA yang dinaiki dua suspek dari arah kanan.

“Suspek telah berhentikan kenderaan sebelum seorang lelaki dan seorang perempuan kemudiannya turun dari kenderaan terbabit. Suspek lelaki kemudian bertindak menjerit dan mengeluarkan perkataan serta menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa.

“Sementara itu suspek perempuan bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta mangsa dan mencampak nombor pendaftaran itu ke arah cermin hadapan kereta mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

“Kes di siasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya.




Kekecohan Di Linkedua, Wanita Cabut Nombor Plat, Tahan MPV Daripada Bergerak [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Insiden Wanita Hina Islam, Operasi Kelab Komedi Digantung Sementara



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: