Wanita Hina Islam, Teman Lelaki Didakwa Esok

Wanita Hina Islam, Teman Lelaki Didakwa Esok

Kertas siasatan berhubung kes seorang wanita yang didakwa menghina agama Islam dalam satu persembahan di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) baru-baru telah dilengkapkan dan akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihak PDRM telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk menuduh suspek yang berusia 28 tahun bersama teman lelakinya.

“Kertas siasatan polis telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada hari ini dan telah mendapat arahan untuk menuduh suspek dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Reman ke atas suspek yang tamat pada hari ini akan disambung sehari lagi sehingga esok.

“Manakala teman lelakinya pula akan dituduh dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.



Terdahulu, tular video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita berpakaian sopan menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) di sebuah kelab di TTDI, Kuala Lumpur, di sini.

Manakala seorang lelaki dipercayai teman lelaki suspek turut ditahan selang sehari kemudian iaitu pada 10 Julai. Kedua-duanya ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. – KO

Wanita Hina Islam, Teman Lelaki Didakwa Esok

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker