Memang ‘Rare’ Kalau Jumpa Kucing Jenis Calico Jantan! Tapi Apa Sebabnya?

Memang ‘Rare’ Kalau Jumpa Kucing Jenis Calico Jantan! Tapi Apa Sebabnya?

KUCING calico adalah sejenis spesies yang memiliki gabungan warna pada bulunya seperti oren, putih, hitam dan kuning membuatkan penampilannya tampak berbeza daripada si bulus lain.

Hampir kesemua kucing yang dilahirkan dengan gabungan warna ini adalah betina dan jarang kucing jantan dilahirkan dengan bulu sebegitu.



Sekiranya ada, ia biasanya mandul dan atas sebab itu kucing dengan kombinasi bulu pelbagai warna ini jarang ditemui kerana tidak dapat dibiakkan.

Gabungan pelbagai warna ini membuatkan kucing Calico menyerlah daripada si bulus yang lain namun pesaing terdekatnya adalah kucing Tortoiseshell.

Kombinasi pelbagai warna pada kucing Calico menjadikan ia unik.



Bagaimanapun Tortoiseshell biasanya akan mempunyai warna asas iaitu hitam pada keseluruhan badannya manakala Calico putih dengan tompokan warna lain pada badannya.

Selain warna bulunya yang menyerlah, kucing Calico sangat terkenal dengan keperibadiannya yang berani, gagah dan sangat berdikari.

Namun di sebalik kelebihan itu, ia juga sangat manja, penyayang dan paling penting setia pada tuannya. Jika anda perlukan cinta tanpa syarat, kucing Calico adalah jawapannya!



Biasanya kucing calico adalah betina.

Bukan datang daripada baka tertentu

Meskipun memiliki warna bulu yang unik, kucing Calico bukanlah datang daripada baka tertentu sebaliknya ia hanya warna bulu dan boleh berlaku kepada beberapa jenis baka kucing.

Atas sebab itu, kepelbagaian warna bulu ini boleh berlaku kepada kucing daripada baka Persia, Manx, Maine Coon, Scottish Fold dan Japanese Bobtails.



Pun begitu, warna ini tidak ditemui berlaku pada baka seperti Siam Himalaya, Bombay, Russian Blue dan British Shorthair.

Memang ‘Rare’ Kalau Jumpa Kucing Jenis Calico Jantan! Tapi Apa Sebabnya?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



 


Wanita Bangga Hafal Quran 15 Juzuk, Kemudian Buka Baju Separuh Bogel! Ini Komen Firdaus Wong [VIDEO]

Daging Lembu ‘King of Sado’ Diagih Manfaat Kepada 1,000 Asnaf [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker