Perintah berkurung di Sri Lanka, rakyat Malaysia dinasihat kekal di rumah

Rakyat Malaysia yang tinggal di Sri Lanka dinasihatkan kekal berada di rumah selepas kerajaan mengenakan perintah berkurung.

“Sila patuhi perintah berkurung yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan berikutan bantahan besar-besaran di Colombo pada masa ini,” ciap Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka di Twitter.

Misi diplomatik meminta mereka untuk berada di rumah selepas media tempatan melaporkan penunjuk perasaan sedang berarak menuju ke pejabat perdana menteri meskipun perintah berkurung dilaksanakan.



Perdana Menteri Ranil Wickremesinghe mengenakan perintah berkurung di Wilayah Barat dan darurat di negara itu, lapor Daily Mirror di laman sesawangnya.

Ia susulan Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa dilaporkan meninggalkan negara itu dengan menaiki pesawat tentera pada Rabu.

Menurut media Sri Lanka, beliau melarikan diri ke Maldives sebelum meneruskan perjalanannya ke negara lain.

Rakyat Sri Lanka semakin kecewa dengan kemelut kewangan yang dihadapi ketika negara itu bergelut untuk mengatasi krisis ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.



– Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman



Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker