Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail

Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai status beliau sebagai duta besar Indonesia.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kepada pemberita.



“Tajuddin akan keluarkan kenyataan,” katanya ringkas kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Blueprint Perumahan 3.0 Kementerian Pertahanan.

Beliau berkata demikian ketika ditanya status Tajuddin sebagai duta besar Indonesia selepas namanya tiada dalam senarai penerima watikah pelantikan di Istana Negara semalam.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Salak dilaporkan digugurkan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia, setelah kerajaan “berubah hati” mengenai pelantikan beliau menurut sumber kerajaan.

Sumber itu mengesahkan nama Tajuddin tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong.



Semalam Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengurniakan watikah pelantikan kepada empat ketua perwakilan Malaysia ke luar negara, di Istana Negara.

Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara yang baharu dilantik ialah Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan, Lim Juay Jin; Duta Besar Malaysia ke Jepun, Shahril Effendi Abd Ghany; Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Wan Zaidi Wan Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Iran, Khairi Omar.

Nama Tajuddin bagaimanapun tidak tersenarai dalam pengurniaan watikah tersebut.

Isu pelantikan Tajuddin sebelum ini mengundang kritikan daripada pelbagai pihak termasuk bekas diplomat.



Tajuddin sebelum ini menyifatkan sebahagian kritikan berhubung pelantikannya sebagai “tidak adil”.

Beberapa pihak dalam Umno turut mendesak Tajuddin digugurkan kerana tindakannya menyerang presiden Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka yang disifatkan sebagai “memalukan”. FMT

Tajuddin sendiri akan keluar kenyataan mengenai isu duta – Ismail


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman



Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker