Pesalah seks di Thailand akan dimandulkan

BANGKOK – Pesalah jenayah berkaitan seks di Thailand akan ditawarkan rawatan pemandulan secara suntikan kimia dalam usaha untuk mengurangkan pengulangan jenayah serupa, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Daripada kira-kira 16,000 pesalah seks yang dibebaskan dari penjara Thai antara 2013 hingga 2020, kurang 5,000 daripada mereka kembali melakukan perbuatan sama, demikian menurut angka jabatan pembetulan.

Menteri Kehakiman Thailand, Somsak Thepsuthin berkata, beliau percaya rawatan itu akan mengurangkan angka kesalahan semula secara drastik.

“Saya mahu undang-undang ini diluluskan dengan cepat.



“Saya tidak mahu melihat berita tentang perkara buruk berlaku kepada wanita lagi,” tegasnya.

Namun begitu, Pengarah Yayasan Gerakan Progresif Wanita dan Lelaki anti-jenayah,  Jaded Chouwilai tidak yakin bahawa rawatan kontroversi itu akan menangani jenayah seks.

“Pesalah harus dipulihkan dengan mengubah minda mereka semasa di penjara.

“Menggunakan hukuman seperti hukuman mati atau pemandulan kimia hanya mengukuhkan idea bahawa pesalah tidak mempunyai peluang untuk menjadi seperti orang normal,” ujarnya.



Teknik pemandulan atau kastrasi kimia adalah prosedur perubatan di mana cecair ‘leuprolide acetate’ disuntik ke dalam aliran darah subjek untuk mengurangkan keinginan seksual.

Rawatan kontroversi itu telah digunakan di beberapa negara termasuk India, Korea Selatan, Australia dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker