Hasrat hisap dadah berdua-duaan tidak kesampaian

LUMUT – Hasrat dua rakan lelaki dan perempuan menghisap dadah bersama di dalam sebuah bilik hotel tidak kesampaian apabila diberkas polis, tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kedua-dua suspek lelaki warga tempatan berusia 45 tahun dan wanita dari Indonesia berusia 42 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Sitiawan pada pukul 12.05 tengah malam.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menyerbu sebuah bilik diinap kedua-dua suspek.

“Hasil pemeriksaan menjumpai satu peket plastik lutsinar yang disyaki dadah jenis heroin beranggaran 28.18 gram dan lima peket plastik lutsinar diisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu beranggaran 21.42 gram,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dadah tersebut ditemui dalam beg milik lelaki tersebut ketika beg itu diperiksa di hadapan kedua-dua suspek.

Beliau menjelaskan semakan mendapati lelaki tersebut mempunyai dua rekod jenayah lampau serta baru sebulan berjinak-jinak sebagai pengedar dadah.

Tambahnya, saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah.

Jelasnya, kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bermula semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39 A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bintang Golf AS Makan Sosej Pun Cantik, Buat Peminat Cair Tengok Video Berkali-kali Hingga 2 Jam [VIDEO]

Ziela Jalil Lepaskan Dua Anak Dalami Ilmu Agama Di Yaman

Meninggal dunia ketika menunggu pemberian daging korban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker