Isu Intan Najuwa peluk Aliff Aziz di Genting Highlands

Intan jawab video tular.

Isu Intan Najuwa peluk Aliff Aziz di Genting Highlands

NAMA pelakon Intan Najuwa menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas tular video berpeluk dengan aktor, Aliff Aziz di pusat peranginan, Genting Highlands, Pahang.


Baca Artikel Menarik:


Tampil menjelaskan mengenai perkara itu, Intan atau nama sebenar Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, memberitahu babak mesra itu dirakam semasa dia menjalani penggambaran drama terbaharu berjudul Jodohku Babysitter.

Menurut Intan, kesemua kru produksi yang terlibat untuk drama berkenaan turut berada di set penggambaran ketika itu.



“Kan tengah shooting, nampak tak kamera tengah rolling tu.

“Semua orang dekat situ tengah shooting drama Jodohku Babysitter. Ingat apa nak peluk saja-saja ke, dah tak ada kerja sangat ke?” katanya.

Intan Najuwa menjawab mengenai persoalan itu menerusi Instastory pada Khamis.

Headline pun mengundang, Kenapa perlu nak sebar benda-benda negatif -INTAN NAJUWA PELAKON

Sebelum itu, beberapa blog hiburan melaporkan mengenai video memperlihatkan aksi mesra Intan bersama Aliff Aziz.



Ia mengundang rasa kurang senang segelintir netizen hingga ada menyelar tindakan aktres ini dilihat bermesra dengan suami kepada Bella Astillah itu.

Sementara itu, Intan turut meminta blogger tidak menyebarkan berita tidak benar berhubung video berkenaan.

“Headline pun mengundang, Kenapa perlu nak sebar benda-benda negatif,” soalnya.

Jodohku Babysitter bersiaran di Astro merupakan karya adaptasi novel Nureen Ahmad.



Selain Intan Najuwa dan Aliff Aziz, drama ini turut dibintangi oleh Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shohara, Yuna Rahim, Nina Juren, Isaac Iman dan Tasya Nazira.

 

Isu Intan Najuwa peluk Aliff Aziz di Genting Highlands

 


Baca Artikel Menarik:


Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Memang kenderaan milik PDRM lah…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker