Suami maut dipercayai dipukul isteri depan anak

Suami maut dipercayai dipukul isteri depan anak

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki ditemukan maut dipercayai akibat dipukul isterinya dalam kejadian di Flat Nipah, Taman Daya, pagi tadi.

Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Johor Bahru, Raub Selamat berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira 7.50 pagi.

Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Lee Ming How, 44, ditemukan terbaring dalam rumah.

“Susulan itu, isteri mangsa berusia 35 tahun telah ditahan dan akan dimohon reman hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, kejadian itu turut disaksikan anak lelaki mereka, dipercayai berusia 11 tahun.

Pasangan itu difahamkan mempunyai seorang lagi anak iaitu kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

Raub berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan satu kenyataan akhbar lebih lengkap akan dikeluarkan hari ini.

Kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang penduduk Zaidah Neng, 46, berkata pasangan terbabit kerap bergaduh dan wanita tersebut pernah ditahan polis sebelum ini.

“Saya memang kenal suami isteri berkenaan, tetapi kami tidaklah terlalu rapat cuma dia selalu datang beli burger di gerai saya.

“Wanita berkenaan baik sahaja orangnya, cuma dia seperti ada masalah mental, jadi ada ketikanya dia akan bertindak garang dan kerap marah-marah serta bercakap seorang dalam bahasa Mandarin,” katanya kepada pemberita.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk siasatan lanjut kira-kira 11 pagi tadi. FMT

Suami maut dipercayai dipukul isteri depan anak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker