Amerika Syarikat catat inflasi tertinggi sejak 1981

Amerika Syarikat catat inflasi tertinggi sejak 1981

WASHINGTON – Kadar inflasi di Amerika Syarikat (AS) melonjak melebihi jangkaan, mencecah kenaikan 9.1 peratus pada bulan lepas berbanding tempoh sama tahun lalu, kata Jabatan Buruh kelmarin.

Menurut laman berita RT, kadar inflasi itu adalah yang ter­tinggi sejak 1981.



“Pada Jun 2022, Indeks Harga Pengguna (CPI) pengguna bandar meningkat 9.1 peratus dalam tempoh 12 bulan,” demikian menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan Biro Perangkaan Buruh AS.

Data Jabatan Buruh itu me­nunjukkan semua komponen barangan yang diukur kecuali makanan dan tenaga secara purata adalah 5.9 peratus lebih mahal berbanding setahun lalu.

Menurut saluran berita antarabangsa Bloomberg, pakar-pakar ekonomi sebelum itu meramalkan peningkatan inflasi di AS adalah sebanyak 8.8 peratus.

Namun, angka sebenar yang lebih tinggi menyaksikan pening­katan lebih besar berbanding jangkaan untuk harga petrol, penginapan dan makanan.



“Sektor tenaga sahaja merangkumi hampir separuh daripada peningkatan bulanan bagi inflasi.

“Bagaimanapun, data hari ini (kelmarin) tidak menggambarkan impak menyeluruh sejak 30 hari lalu yang menyaksikan harga petrol menurun.

“Harga komoditi itu mencatat penurunan sekitar 40 peratus di Amerika Syarikat sejak pertengahan Jun lalu,” kata Presiden Joe Biden seperti yang dilaporkan agensi berita United Press International.

Sementara itu, laporan Jabatan Buruh menambah, meskipun harga petrol mencatat penurunan, ia masih jauh lebih tinggi berbanding tahun lalu.



“Indeks tenaga meningkat 7.5 peratus sepanjang bulan lalu dan menyumbang hampir separuh kepada peningkatan semua barangan, manakala indeks petrol melonjak 11.2 peratus. ­Situasi serupa berlaku pada indeks komponen barangan lain,” jelas Jabatan Buruh.

Selain itu, penyumbang terbesar bagi peningkatan indeks harga pengguna di AS adalah kediaman, kereta terpakai dan lori, penjagaan kesihatan, insurans kenderaan bermotor dan kende­raan baharu.

“Indeks bagi pembaikan kenderaan bermotor, pakaian, pera­bot dan operasi rumah serta rekreasi turut meningkat pada Jun 2022.

“Antara indeks komponen utama yang menurun bagi bulan tersebut adalah penginapan bukan di kediaman sendiri serta tambang penerbangan,” tambah jabatan berkenaan. K Online



Amerika Syarikat catat inflasi tertinggi sejak 1981


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri



Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker