Khaled desak peguam negara perjelas isu Sulu, tubuh RCI

Khaled desak peguam negara perjelas isu Sulu, tubuh RCI

Polemik tuding-menuding antara kerajaan terdahulu berhubung tuntutan waris kesultanan Sulu terhadap kerajaan boleh diselesaikan dengan penjelasan rasmi peguam negara, kata Naib Presiden Umno Khaled Nordin.

Beliau berkata, pelbagai perspektif mengenai isu itu hanya mengelirukan rakyat dan masyarakat awam berhak mengetahui perkara sebenar tanpa dipengaruhi kepentingan pihak tertentu khususnya parti politik.



“Tidak ada cara lain yang lebih absah dan sahih melainkan kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan.

“Pihak kerajaan, Pejabat Peguam Negara khususnya, mesti tampil memberikan penjelasan rasmi yang lengkap, telus dan tulus berhubung perkara ini,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Khaled yang juga bekas menteri besar Johor menggesa Putrajaya mempertimbangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan melihat kepada pengalaman RCI sebelum ini yang mampu menyelesaikan pelbagai isu nasional antaranya membabitkan pendatang haram di Sabah dan kontroversi pengurusan Tabung Haji.

“RCI adalah forum paling neutral dan terbuka dalam meneliti serta mencari kebenaran dalam isu berkepentingan nasional.



“Kegagalan berbuat demikian pasti akan menyemarakkan perbalahan dalam kalangan banyak pihak. Terutama mereka yang tidak akan berhenti mengeluarkan versi dan dakwaan masing-masing berhubung perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, jika isu tuntutan waris kesultanan Sulu tidak ditangani sebaiknya, ia berpotensi menjadi ancaman keselamatan yang serius.

“Adalah kritikal untuk kerajaan melihat semua ini dalam konteks yang besar, berani dan profesional. Bersuaralah dan berilah pencerahan,” tegasnya.

Pada 12 Jul, media melaporkan waris kesultanan Sulu merampas dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan yang dikatakan menuntut RM62.59 bilion daripada kerajaan Malaysia.



Peguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset Petronas didaftarkan di Luxembourg, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, menurut Financial Times.

Laporan itu menyebut, tindakan merampas Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus sebahagian daripada tindakan undang-undang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878. FMT

Khaled desak peguam negara perjelas isu Sulu, tubuh RCI


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri

Nora buat pembedahan besarkan payu dara



Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker