Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul

SANTIAGO, Chile – Sekumpulan nelayan di Chile berjaya menangkap seekor ikan gergasi sepanjang 4.8 meter (16 kaki) yang mencetuskan kebimbangan masyarakat setempat, lapor akhbar Daily Star UK.

Ini berikutan kepercayaan tahyul masyarakat tempatan bahawa gempa bumi akan berlaku selepas kemunculan ikan gergasi itu yang dikenali sebagai ikan dayung(oarfish).

Ikan itu ditangkap di luar pantai Chile dan orang awam yang tinggal di bandar Arica berpusu-pusu ke jeti untuk melihat haiwan ganjil tersebut.



Rakaman yang dikongsi di laman TikTok menunjukkan ikan yang panjang dan bertulang itu dicangkuk di kepala ketika pekerja-pekerja memindahkannya ke darat.

Ikan dayung yang juga digelar i ‘King of the Herrings’ itu memiliki panjang hampir 5 meter.

Ikan spesies Oar diangkat dari laut ke darat oleh sekumpulan nelayan di bandar Arica, Chile. – Jam Press

Rakaman video itu mendapat 10 juta tanda suka. Namun ia turut menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan yang khuatir penemuannya adalah petanda gempa bumi dahsyat akan  berlaku.

“Isunya sekarang ke mana kita akan melarikan diri jika bencana ini berlaku,” komen seorang pengguna media sosial.



Sesetengah orang juga percaya bahawa sesiapa yang menemui  ikan dayung akan disumpah, manakala kemunculannya di dunia manusia adalah petanda buruk.

Ikan dayung  hidup di laut dalam dan hanya kembali ke permukaan apabila sakit, hampir mati atau mahu membiak. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri



Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker