Bekas komando bebas tuduhan miliki senjata, hukuman penjara diketepi

Bekas komando bebas tuduhan miliki senjata, hukuman penjara diketepi

Mahkamah Rayuan hari ini melepaskan dan membebaskan seorang bekas anggota Komando 69 serta mengetepikan hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan kerana memiliki kerambit dan parang empat tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Kamaludin Md Said memerintahkan Muhamed Khairul Akmar Mohamed Shahid, 35, dilepas dan dibebaskan atas pertuduhan memiliki senjata berkenaan selepas membenarkan rayuan lelaki itu.



“Ini adalah keputusan sebulat suara. Mahkamah mendapati, ada keraguan dalam kes ini. Oleh itu, sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen diketepikan.

“Perayu dilepas dan dibebaskan,” kata Kamaludin yang bersidang bersama M Gunalan dan Hashim Hamzah.

Panel itu membuat keputusan berkenaan selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Atiqah Abdul Karim dan peguam Mohamad Naim Kamaruddin yang mewakili Khairul.

Di luar mahkamah, Khairul dilihat memeluk seorang ahli keluarganya sambil menangis selepas mahkamah membuat keputusan.



Pada 13 Jun 2019, Khairul dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan itu dan sabitan serta hukuman dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh pada 14 Dis 2020.

Mahkamah Tinggi juga membenarkan permohonannya untuk menggantung pelaksanaan hukuman sementara rayuan di Mahkamah Rayuan dengan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan, Khairul didakwa memiliki senjata iaitu kerambit dan parang dalam beg berwarna hitam dan beg “porche” celoreng miliknya dalam masjid Kem PGA Ulu Kinta, Perak pada 3 petang, 4 Jun 2018.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Merbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 10 tahun. FMT



Bekas komando bebas tuduhan miliki senjata, hukuman penjara diketepi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SM Faisal tuntut harta sepencarian terhadap bekas isteri



Nora buat pembedahan besarkan payu dara

Yazmin Aziz cium pemain bolasepak Kelantan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker