Kos baik pulih tinggi, lebih 50,000 kereta ‘tersadai’
Kos baik pulih tinggi, lebih 50,000 kereta ‘tersadai’
Lebih 50,000 kereta yang dianggarkan tenggelam akibat bencana banjir di tujuh negeri dan Kuala Lumpur, dijangka akan terus tersadai ekoran kos baik pulih yang tinggi.
Kos baik pulih sahaja dianggar mencecah antara RM10,000 sehingga RM20,000 bagi sebuah kereta sedangkan pada masa sama mangsa banjir turut kehilangan harta benda lain termasuk rumah yang musnah.
Menurut seorang penasihat teknikal automotif Mohamad Dalib, kos tersebut meliputi baik pulih enjin, unit kawalan elektronik (ECU) kenderaan dan kerja-kerja pembersihan, malah dijangka lebih tinggi apabila membabitkan kenderaan import dan alat ganti baharu.
“Jika pemilik mahu menggunakan alat ganti terpakai harga mungkin murah sedikit tetapi masalahnya tiada jaminan.
“Selain itu, pemilik perlu memikirkan kos lain yang berkaitan seperti kos membawa kenderaan ke bengkel dan cucian yang dianggarkan sebanyak RM600 bagi sebuah kenderaan bergantung kepada saiz,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Banjir besar Sabtu lalu di Selangor terutama di Klang, Hulu Langat, Shah Alam, Dengkil dan Sepang selain Pahang serta Kuala Lumpur mengakibatkan lebih 30,000 individu terpaksa dipindahkan ke 162 pusat pemindahan sementara (PPS).
Dalam pada itu, menurut jurucakap pusat servis Honda, kos baik pulih bagi kenderaan yang rosak akibat banjir dianggar antara RM15,000 sehingga RM20,000.
Mercedes Benz turut memberi diskaun kepada pemilik kenderaan jenama tersebut sebanyak 30% untuk menukar alat ganti.
Dalam pada itu, seorang mangsa di Negeri Sembilan Nor Adilla Muhamad Yunos, 23, berkata, dia mungkin terpaksa membelanjakan kira-kira RM4,000 bagi membaiki kereta Perodua Kelisanya yang sudah berusia lebih 10 tahun selepas ditenggelami banjir baru-baru ini.
Dia juga perlu menanggung sendiri segala kos bagi membaiki keretanya kerana tidak mempunyai perlindungan insurans. FMT
Kos baik pulih tinggi, lebih 50,000 kereta ‘tersadai’
Baca Artikel Menarik :
- Henti ‘game’ salah-menyalah – Najib
- Zul rapat dan mesra dengan saya – Ruhainies
- Pembalasan Tuhan, Ebby Yus maafkan segelintir netizen
- Peguam Long Tiger U-TURN
- Wan Saiful bangang, Latiff perlu bertanggungjawab – Nazri
- Kertas A4 Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir
- Payudara aku kecil macam kau punya – Sharifah Sakinah
- Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh
- PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib
- Kediaman di Mentakab ‘lenyap’ tenggelam air banjir
- Intan Ladyana, suami dikejarkan ke hospital
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.