Tutup Sajalah Parti Bangsa Malaysia, Tubuh Parti Tapi Tak Ada Ketua

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

TIDAK ada arah sahaja, itulah “first impression” yang kita dapat berkenaan penubuhan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang masih berteka-teki mengenai individu yang akan menerajui parti itu sebagai Presiden.

Oleh itu, PBM disarankan agar ditutup sahaja memandangkan mereka tidak dapat menamakan mana-mana individu sebagai presiden parti. Langkah pertama mereka pun sudah sumbang maka perjalanan PBM seterusnya dijangka penuh dengan kepincangan. Daripada ahli parti membuang masa dengan kerja yang tidak mendatangkan faedah maka lebih baik parti tersebut ditutup sahaja.

Untuk maklumana, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN), Nor Hizwan Ahmad tidak menafikan wujud nama-nama besar disebut-sebut oleh kepimpinan parti bakal menjadi Presiden, namun enggan mendedahkannya.



Malah dalam konvensyen beberapa hari lalu yang dihadiri Timbalan Presiden PBM, Larry Sng, kemungkinan PBM diarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membuat Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) baharu atas beberapa perkara teknikal.

Dalam masa yang sama, pimpinan parti sedang mempertimbangkan beberapa nama untuk dicadangkan sebagai Presiden parti.

Dalam majlis pelancaran semalam, Nor Hizwan turut melepaskan bendera Jalur Gemilang sebagai simbolik membantu mangsa banjir terutama di Selangor yang terjejas teruk akibat hujan lebat luar biasa pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Nor Hizwan yang melepaskan keahlian dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini berkata, sebagai ahli biasa PBM beliau menyerahkan kepada pihak pimpinan parti untuk memutuskan siapa layak menjadi Presiden PBM.



Jelasnya, tujuan utama beliau mengadakan sidang akhbar tersebut adalah untuk mengumumkan kemasukan 50,000 dari 300,000 ahli PKN ke dalam PBM dan melancarkan agenda utama mereka yang digelar ‘The Great Reset 2030’.

Agenda Great Reset 2030 adalah untuk membetulkan apa yang dianggap sebagai kerencatan dan ketidakmatangan politik Malaysia selama 30 tahun dari kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang.

Ironinya, dengan agenda yang sebegitu besar, mereka masih gagal menamakan presiden parti. Jalan terbaik, tutup saja Parti Bangsa Malaysia tersebut.


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *