Beras Putih Tempatan masih hilang dari pasaran, apa sudah jadi?

Beras putih tempatan (BPT) masih tidak kelihatan dalam pasaran, walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini mengarahkan stok bekalan barang keperluan itu diedarkan ke seluruh negara.

Ketua Task Force Pemantauan (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berkata dalam tinjauannya ke tiga pasar raya di Kota Kemuning hari ini, pihaknya mendapati hanya beras putih import (BPI) yang dijual.

“Selepas 13 hari PMX (Anwar) membuat keputusan (untuk menyegerakan pengedaran BPT), beras putih tempatan itu masih belum kelihatan.



“Malah Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras Negara (Datuk Azman Mahmood) turut memberi jaminan bahawa 14 juta kampit akan berada dalam pasaran pada bila-bila masa, tetapi mana perginya?

“Sebelum ini, 105 lokasi yang saya tinjau bersama pasukan pemantau, daripada jumlah itu hanya ada lima lokasi menjual BPT pada harga RM26 itu pun dengan jumlah (bekalan) yang sedikit tidak sampai lima peratus.

“Mana penguatkuasaan terhadap isu-isu manipulasi bekalan beras putih? Jika ada, tunjukkan siasatan,” katanya ketika ditemui selepas meninjau bekalan beras termasuk BPT di tiga pasar raya sekitar Kota Kemuning, di sini hari ini

Sebelum ini, Mesyuarat NACCOL dipengerusikan Anwar pada 20 Mac lalu memutuskan empat perkara untuk mengatasi isu beras.



Antara tindakan itu termasuk kerajaan mengarahkan supaya semua stok semasa padi dan beras yang dibeli oleh pengilang berjumlah 140,000 tan metrik diproses serta dikeluarkan untuk kegunaan pasaran tempatan serta merta.

Sementara itu, dalam isu manipulasi harga beras putih di negara ini, Syed Abu Hussin yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, mencadangkan kepada NACCOL supaya hanya satu harga bagi semua BPT dan BPI yang dipasarkan dalam negara ini.

Katanya, cadangan itu antara lain dapat mengelakkan masalah manipulasi harga dalam kalangan pembekal.

“Manipulasi berlaku apabila wujud perbezaan harga antara kedua-dua gred beras putih ini. Misalnya BPT bagi 10 kilogram bernilai RM26 manakala BPI pula sehingga RM35.



“Situasi ini menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan dengan menukar pembungkusan kampit beras tempatan bagi mengaut keuntungan.

“Jadi cadangan terbaik adalah memperkenalkan ‘satu gred beras putih satu harga’ bagi menangani manipulasi dan bekalan harga beras import dan tempatan yang masih tidak kesudahan sehingga kini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai cadangan penetapan harga beras putih itu, Syed Abu Hussin mahu ia ditetapkan pada kadar RM30.

“Untuk letak harga RM26, ia tidak munasabah kerana akan merugikan pengilang. Beras ada tetapi ia tidak boleh dilaksanakan kerana ia perkara merugikan.



“Sebab itu kena ada satu perbincangan lebih khusus dengan semua pemegang taruh supaya harga yang munasabah serta sesuai dan diterima dapat dikeluarkan oleh pengilang dan industri,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker