Kahwin di Arab Saudi paling murah

RIYADH – Satu kaji selidik terkini mendapati majlis perkahwinan di Arab Saudi adalah antara yang paling murah di dunia, meskipun berlaku peningkatan kos sejak setahun lalu, lapor akhbar Saudi Gazette kelmarin.

Menurut data bulan Mei 2022 terbitan Pihak Berkuasa Am untuk Perangkaan (Gastat), purata kos majlis perkahwinan di Arab Saudi adalah sekitar SAR12,500 (RM14,674).

Meskipun kos tersebut me­ningkat 32 peratus berbanding tahun lalu, ia masih lagi rendah jika dibandingkan dengan bandar Lahore di Pakistan.



Lahore dinamakan sebagai lo­kasi dengan kos majlis perkahwinan termurah dunia iaitu sekitar  SAR13,200 (RM15,496).

Menurut data Gastat, kos ­majlis perkahwinan di Arab Saudi­ meningkat daripada  SAR9,464 (RM11,110) pada tahun lalu kepada SAR12,500 Mei lalu, dengan mencatatkan kenaikan sebanyak lima peratus berbanding April lepas.

Keadaan itu didorong oleh kenaikan harga makanan, kos kemudahan lokasi majlis di hotel serta beberapa elemen berkaitan sesebuah majlis perkahwinan.

Bagaimanapun, data Gastat adalah secara purata kerana kos majlis perkahwinan di beberapa wilayah di Arab Saudi adalah berbeza, malah ada yang mencecah sehingga SAR100,000 (RM117,404).



Perbezaan ketara itu disebabkan oleh jenis kategori majlis perkahwinan yang biasa dipilih oleh bakal pengantin.

Adat dan tradisi berbeza  antara wilayah di Arab Saudi turut memainkan peranan pen­ting dalam menentukan kos ­majlis perkahwinan. Di beberapa wilayah, belanja majlis perkahwinan adalah lima kali ganda lebih tinggi daripada kos purata Gastat.

Dalam pada itu, laporan Indeks Harga Perkahwinan (WPI) yang dikeluarkan syarikat enjin pencarian percutian,  Holidu, mendedahkan bahawa Pakistan, India dan Vietnam merupakan  tiga negara yang merekodkan kos majlis perkahwinan paling murah untuk 100 tetamu.

Lahore muncul lokasi dengan majlis perkahwinan paling murah iaitu berjumlah SAR13,200 diikuti­ dengan Nha Trang di Vietnam sebanyak SAR13,600  (RM15,966) dan Goa di India sebanyak SAR14,400 (RM16,905).



Indeks tersebut turut me­nyaksikan The Hamptons di Bandar Raya New York muncul sebagai lokasi dengan majlis perkahwinan termahal di dunia yang boleh mencecah sehingga SAR174,000 (RM204,276).

Ini diikuti oleh Positano di  Itali yang menyaksikan kos sekitar  SAR162,000 (RM190,185) dan Fogo di Kanada, sebanyak SAR147,000 (RM172,575).

Tempat  lain yang berada da­lam senarai 10 lokasi termahal adalah Seville di Sepanyol, Flo­rence dan Venice di Itali, St. Tropez  dan Pa­ris di Perancis, Cascais di Portugal serta New York. – Agens

Kahwin di Arab Saudi paling murah



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker