Ikan air tawar terbesar di dunia ditangkap di Kemboja

Ikan air tawar terbesar di dunia ditangkap di Kemboja

PHNOM PENH: Nelayan di Sungai Mekong, Kemboja menangkap ikan air tawar terbesar pernah direkodkan, iaitu ikan pari seberat 300 kilogram (kg), kata saintis.

Ikan pari air tawar gergasi yang berukuran empat meter (13 kaki) dari muncung hingga ekor, ditangkap minggu lalu dan dilepaskan semula selepas dipasang dengan peranti untuk menjejaki kelakuannya.

Haiwan dasar laut itu mengatasi rekod sebelumnya bagi kategori ikan air tawar terbesar yang dipegang ikan keli gergasi Mekong seberat 293 kilogram (646 paun) yang ditangkap di Thailand pada 2005, kata projek penyelidikan Wonders of the Mekong yang dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS).

Ikan pari yang ditangkap di wilayah Stung Treng di utara Kemboja, adalah lebih dua kali ganda berat purata gorila tanah rendah, kata pakar.

“Selama 20 tahun mengkaji dan meneliti ikan gergasi di sungai dan tasik, ini adalah ikan air tawar terbesar yang pernah ditemui atau yang didokumenkan di mana-mana di seluruh dunia.

“Ini adalah penemuan yang sangat menakjubkan, sekali gus membolehkan kami lebih memahami misteri spesies ini dan sungai yang dihuninya,” kata Zeb Hogan, ahli biologi ikan yang mengetuai projek Wonders of the Mekong, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bulan lalu, seekor ikan pari air tawar gergasi terancam sepanjang empat meter dan seberat 180 kilogram turut dipancing oleh seorang nelayan di wilayah sama.

Sungai Mekong menjadi ‘rumah’ lebih 1,000 spesies ikan, dan ikan pari bukan satu-satunya hidupan yang hidup dalam perairan berlumpur – saiz ikan keli dan duri gergasi juga boleh mencecah sehingga tiga meter panjang dan 270 kilogram berat.

Saintis memberi amaran bahawa sisa plastik mengancam hidupan liar walaupun di kawasan paling dalam di Mekong, selain ‘jaring hantu’ yang ditinggalkan nelayan. BH

Ikan air tawar terbesar di dunia ditangkap di Kemboja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sharnaaz peluk erat anaknya selepas 3 hari dalam lokap

“Minta Maaf Syamsul”… Syamsul Berjaya Cari Wartawan mStar, Bersemuka Isu Tajuk Artikel [VIDEO]

Durian J. Sparrow, Jerai dari Kedah setanding musang king

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker