Undi berpecah! Parti Melayu sukar bergerak solo pada PRU15

UMNO, PAS dan Bersatu diyakini agak sukar bergerak solo untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Melainkan parti itu meneruskan kesepakatan bersama, pada masa sama menilai kembali untuk membentuk kerjasama dengan Muafakat Nasional (MN),

Tindakan itu akan menampakkan UMNO lebih relevan dan dominan daripada masa sekarang.

“Parti-parti Melayu perlu mengorak langkah menyokong satu sama lain untuk menguatkan agenda politik orang Melayu.

“Ini supaya orang Melayu tidak tercicir daripada perbalahan politik tanah air pada hari ini ataupun akan datang,”

Ketua Pemuda PAS kata tolak calon lompat parti sentimen pengundi Melaka

Pada masa sama, beliau berkata, parti-parti politik Melayu tidak harus bersikap konservatif sebaliknya optimistik menerima perubahan serta perkembangan semasa dalam arena politik di negara ini.

Antaranya mengambil kira masyarakat bukan Melayu sebagai salah satu komponen yang akan menyokong kerajaan selepas PRU akan datang,

“Kalau kita perhatikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada melancarkan mengenai Keluarga Malaysia.

“Itu merupakan satu petanda bahawa perlu wujudnya satu hubung kait kerjasama antara kaum bukan saja kaum Melayu.

“Jika parti masih meneruskan untuk mengutamakan masyarakat Melayu dalam menjayakan agenda politik mereka, ia tidak akan mencapai apa yang dimatlamatkan

Undi berpecah! Parti Melayu sukar bergerak solo pada PRU15


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemimpin Bersatu Bidas PAS, pertandingan persahabatan dengan UMNO hanya penyedap bibir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker