Hanya Bekerja 14 Hari Untuk ‘Mat Kilau’ [VIDEO]

Johan As’ari Dedah Jumlah Bayaran

Hanya Bekerja 14 Hari Untuk ‘Mat Kilau’ [VIDEO]

Hanya Bekerja 14 Hari Untuk ‘Mat Kilau’ [VIDEO]

Pendedahan pelakon Johan As’ari menerusi temu bualnya di podcast ‘Nada Bermakna’ yang dihoskan oleh Iddin Ramli telah mengejutkan ramai.

Menerusi podcast tersebut, Johan mendedahkan jumlah bayaran yang diterimanya semasa berlakon untuk filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ di bawah arahan Syamsul Yusof.

 

Difahamkan penggambaran filem itu mengambil masa selama 100 hari. Namun Johan hanya perlu memberi komitmen di set penggambaran selama 14 hari sahaja, iaitu kurang daripada sebulan.

“Penggambaran dilaksanakan dalam masa 100 hari. Hari pertama penggambaran bermakna setiap hari sampai hari keseratus dipenuhkan dengan penggambaran. Komitmen saya tak sampai sebulan. Untuk 14 hari bekerja, Alhamdulillah saya dibayar hampir RM70, 000.”

@nadabermakna

Gaji mat kilau

♬ Melancholic – Perfect, so dystopian

Dalam masa yang sama, Johan As’ari turut memuji pihak produksi filem itu kerana menanggung kebajikan setiap pelakon sepanjang tempoh penggambaran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat


“Makan, minum semua ditanggung. Saya dan pelakon lain juga diberikan tempat tinggal yang selesa iaitu menginap di hotel. Terima kasih kepada Studio Kembara atas layanan yang sangat baik. Ini rezeki saya dan rakan-rakan pelakon lain.”

Untuk makluman semua, filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ telah mencatatkan sejarah sebagai filem tempatan dengan kutipan tertinggi, mencecah RM90 juta dalam tempoh 33 hari tayangan.

Hanya Bekerja 14 Hari Untuk ‘Mat Kilau’ [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker