KPDN Pulau Pinang ambil tindakan ke atas stesen minyak enggan jual diesel

KPDN Pulau Pinang ambil tindakan ke atas stesen minyak enggan jual diesel

KPDN Pulau Pinang ambil tindakan ke atas stesen minyak enggan jual diesel
Pegawai penguat kuasa KPDN Pulau Pinang menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Lebuhraya Utara Selatan arah utara yang didakwa enggan menjual diesel kepada pemandu lori kerana mengutamakan pelanggan tetap. – Foto ihsan KPDN Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang mengambil tindakan segera terhadap sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di sini, yang didakwa enggan menjual diesel kepada pemandu lori kerana mengutamakan pelanggan tetap.

Bertindak melalui aduan awam, lima pegawai penguat kuasa KPDN digerakkan ke stesen terbabit jam 8 malam tadi untuk menjalankan siasatan.

Pengarah KPDN negeri, S Jegan, berkata hasil pemeriksaan fizikal serta semakan dokumen dan rekod mendapati stok diesel masih terdapat di stesen berkenaan.

“Siasatan lanjut mendapati pembekalan diesel B10 daripada depoh ke stesen itu berkurangan kira-kira 50 peratus sejak Isnin lalu.

“Susulan itu, pihak pengurusan stesen mengutamakan penjualan kepada pelanggan tetap, manakala pelanggan lain dihadkan pembelian kepada 20 liter sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat


Jegan berkata, satu notis diserahkan kepada pengurusan stesen minyak berkenaan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16A(1)(b) Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berkata, KPDN Pulau Pinang akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta melindungi hak pengguna daripada sebarang penyelewengan di pasaran.

Orang ramai diminta menjadi mata dan telinga dengan menyalurkan maklumat serta aduan melalui saluran rasmi KPDN di portal e-Aduan, iaitu kpdn.gov.my atau WhatsApp di talian 019-848 8000 atau pusat panggilan 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.

Terdahulu, tular dua rakaman video seorang pemandu lori mendakwa pengurusan sebuah stesen minyak di kawasan R&R Juru tidak membenarkannya mengisi diesel atas alasan kekurangan bekalan.

KPDN Pulau Pinang ambil tindakan ke atas stesen minyak enggan jual diesel

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker