Penjawat awam pangkat pegawai atasan, rakan sekerja dicekup berkhalwat
Penjawat awam pangkat pegawai atasan, rakan sekerja dicekup berkhalwat

MELAKA: Seorang penjawat awam berpangkat pegawai atasan ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan rakan sekerja berstatus janda, dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Peringgit, di sini, tengah malam tadi.
Serbuan dilakukan Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas menerima aduan awam yang mengesyaki berlaku perbuatan maksiat di kediaman itu.
Menurut sumber, selepas anggota penguat kuasa tiba dan memberi salam, wanita berusia 40 tahun sebagai orang yang disyaki (OYDS) itu membuka pintu dan mendakwa berada seorang diri di rumah berkenaan.
Bagaimanapun ketika pemeriksaan lanjut dilakukan, katanya, lelaki yang memakai kemeja-T dengan kain pelikat itu tiba-tiba muncul dari sebuah bilik rumah berkenaan.
“Wanita itu dipercayai cuba mengelirukan pihak berkuasa kerana panik dengan kehadiran pegawai JAIM.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa
- Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia
- Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
“Lelaki yang juga seorang pegawai atasan itu dilihat profesional serta tenang menjawab soalan anggota penguat kuasa, termasuk mengaku sudah ada isteri, selain mendakwa bahawa wanita terbabit hanya kawan,” katanya.
Terdahulu, video operasi berdurasi satu minit 19 saat itu dikongsikan agensi terbabit di akaun TikTok rasmi Penguatkuasa Jaim.
Video itu memaparkan kedua-dua OYDS terbabit disoal siasat sebelum dibawa menaiki van JAIM untuk proses dokumentasi di balai polis dan pejabat JAIM. Kedua-dua individu itu kemudian dibebaskan dengan jaminan selepas selesai proses dokumentasi.
Dalam rakaman sama, anggota penguat kuasa turut memberi amaran bahawa pasangan terbabit tidak akan diberi jaminan sekiranya ditahan kali kedua, sebaliknya terus ditahan di pejabat JAIM sebelum dibawa ke Mahkamah Syariah untuk sebutan kes.
Kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana disyaki berkhalwat.
Penjawat awam pangkat pegawai atasan, rakan sekerja dicekup berkhalwat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
You must be logged in to post a comment.