Inspektor langgar polis trafik didakwa esok

Inspektor langgar polis trafik didakwa esok

Inspektor langgar polis trafik didakwa esok
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Inspektor polis yang disyaki terbabit kes langgar lari seorang anggota polis trafik akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Suspek akan didakwa tujuh pertuduhan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan pemanduan melulu dan berbahaya.

Dia juga akan didakwa satu pertuduhan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan berkaitan cuba membunuh dengan cara melanggar menggunakan kereta.

Terdahulu, media melaporkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang menghidap masalah mental skizofrenia ditahan selepas disyaki terbabit dalam insiden itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus dilaporkan berkata, suspek lelaki berusia 40 tahun itu juga sedang menjalani cuti perubatan khas dan dalam proses dibersarakan atas syor Lembaga Perubatan.

Dalam kejadian pada 10 April lalu, mangsa, Konstabel Roslan Salleh, 27, dilanggar dari arah belakang oleh sebuah Perodua Axia ketika sedang mengawal lalu lintas di kawasan petak kuning di Jalan Sultan Yahya Petra menghala ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Mangsa mengalami kecederaan di tapak tangan kanan, belakang kepala serta sakit di bahagian rusuk sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Pemandu kenderaan itu melarikan diri tanpa berhenti untuk memberikan bantuan kepada mangsa.

Inspektor langgar polis trafik didakwa esok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker