Guru wanita maut kemalangan dua kenderaan di Pontian
Guru wanita maut kemalangan dua kenderaan di Pontian

PONTIAN: Seorang guru wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer 2.2 Jalan Sri Menanti Parit Sikom, di sini, petang semalam.
Mangsa, Jamaliah Aris, 37, yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Yunos Sulaiman Pekan Nanas disahkan meninggal dunia di Hospital Pontian.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata kejadian berlaku jam 4.15 petang itu membabitkan kereta jenis Toyota Vios dan sebuah lori.
Siasatan awal mendapati Toyota Vios dipandu mangsa keluar dari simpang Parit Basilam lalu bertembung lori.
“Pemandu Toyota Vios cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Pontian, manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Ke-80: Reset Untuk Kembali Segar, Relevan Dalam Landskap Politik Semasa
- Puteri UMNO Adaptasi Aspirasi Anak Muda, Bukan Masa Bernostalgia
- Keyakinan Terhadap Najib Razak Tidak Luntur, Hadapi Perbicaraan – Ahmad Maslan
UMNO Cawangan Perlu Jadi “Rumah Bangsa”, Dekat Dengan Isu Rakyat
“Lori yang terbabit kemalangan itu kemudian disita untuk siasatan lanjut,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Guru wanita maut kemalangan dua kenderaan di Pontian
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
You must be logged in to post a comment.