Pemandu maut, kereta terbabas di Pan Borneo
Pemandu maut, kereta terbabas di Pan Borneo

KUCHING: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya terbabas berdekatan Bukit Sabal, di Serian, pagi tadi.
Mangsa, Phil Mckenze Demas, 26, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.26 pagi.
Beliau berkata, sepasukan 13 anggota dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan dan BBP Serian digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan itu.
“Setibanya di lokasi, didapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan pasukan operasi bertindak mengeluarkannya menggunakan peralatan khas.
“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)”, katanya.
Pemandu maut, kereta terbabas di Pan Borneo
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
You must be logged in to post a comment.