Norish Karman Dedah Diminta Buka Tudung Untuk Kembali Berlakon [VIDEO] 

‘Mereka Nak Rambut Spa Q’

Norish Karman Dedah Diminta Buka Tudung Untuk Kembali Berlakon [VIDEO] 

Norish Karman Dedah Diminta Buka Tudung Untuk Kembali Berlakon [VIDEO] 

Pelakon Norish Karman mendedahkan tidak menerima tawaran berlakon semenjak dirinya memilih untuk menutup aurat sepenuhnya.

Buka hijab

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Nor’ashikin Karman, 52, dilihat bersama anak-anaknya mencari rezeki menerusi jualan produk milik usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Spa Q sempat berkongsi mengenai dirinya yang ditawarkan kerja namun diletakkan syarat untuk tidak bertudung.

Bila buka hijab, memang banyak tawaran saya dapat.

Mereka nak rambut Spa Q saya. Tapi saya banyak fikir. Saya istiqamah, saya minta maaf banyak-banyak.

Tambah Norish, dia tidak berani mengambil keputusan untuk kembali tidak bertudung lebih-lebih lagi apabila mendapat tentangan daripada anak-anak yang menjadi faktor utama dirinya kekal dengan pendirian.

Saya fikir, ramai saja artis yang kembali tidak bertudung. Mereka berani, saya masih tidak berani.

Kadang-kadang fikir, saya memang perlu buka hijab. Anak-anak semua tak izinkan.

Bohong lah kalau rasa tak nak buka hijab demi menjaga ekonomi anak-anak.

Imbas kembali, Norish dilaporkan menghidap masalah kesihatan serius iaitu paras darah dan zat besi yang terlalu rendah (extreme low blood and iron) sejak dua tahun yang lalu.

Difahamkan, Norish hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda tanpa mampu untuk berjalan sendiri.

Justeru itu, anaknya yang juga seorang pelakon Manda Hash terpaksa memohon dana susulan kesukaran menyediakan wang bagi membiayai kos rawatan.

Sumber: Threads @zfqsri

Norish Karman Dedah Diminta Buka Tudung Untuk Kembali Berlakon [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker