Kami bukan macam Mahathir tipu – Muhyiddin

Kami bukan macam Mahathir tipu – Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berjanji bahawa gabungannya tidak akan mengikut jejak Dr Mahathir Mohamad dalam hal mengenai manifesto.

Kenyataan itu hadir ketika PN dijangka mengumumkan manifesto pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada Ahad ini.



Muhyiddin menyorot bahawa Mahathir, ketika menjadi perdana menteri untuk kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari 2018 hingga 2020 telah berkata bahawa manifesto “bukan kitab suci”.

“Kita bukan Pakatan Harapan. Zaman PH, mereka janji bulan dan matahari tetapi kemudian Dr Mahathir kata manifesto tidak perlu dipatuhi.

“Kami tidak akan tipu rakyat Malaysia. Apabila kami telah membuat janji, kami akan menunaikannya. Agama kami menuntutnya,” katanya pada sidang media selepas lawatan ke Bemban, Melaka untuk memerhatikan operasi kempen PN.

Bagi tujuan ini, Muhyiddin berkata satu jawatankuasa penyelia mungkin ditubuhkan untuk memastikan PN menunaikan janji jika menang dalam pilihan raya Melaka.



“Kami akan membentangkan manifesto kami yang sudah sedia dan membuktikan komitmen kami,” katanya.

Muhyiddin mengulangi komitmen PN untuk dasar antirasuah.

“Ini adalah prinsip kerajaan PN (persekutuan) semasa saya memimpinnya dan saya mahu mengulanginya supaya Melaka maju dengan kerajaan yang telus, prihatin, menolak salah guna kuasa dan memerangi rasuah,” katanya.

Muhyiddin dalam sidang akhbarnya juga terus merungut mengenai larangan menyeluruh terhadap kempen fizikal, sambil menambah bahawa dia telah bercakap dengan Kementerian Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai perkara itu.



Muhyiddin, yang juga pengerusi Majlis Pemulihan Negara Covid-19, maklum dengan kebimbangan Khairy. Mk

Kami bukan macam Mahathir tipu – Muhyiddin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty



Kilang roti penuh najis tikus dan lipas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker