Ketua Pemuda PAS kata tolak calon lompat parti sentimen pengundi Melaka

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata dia mendapat maklumat bahawa rakyat Melaka sudah bersedia untuk menolak mana-mana calon yang melompat parti.

Menurut laporan harakahdaily, Ahmad Fahdli berkata pengundi di Melaka tidak boleh berkompromi dengan calon sebegitu dan mahu ‘menghukum’ mereka.

“Sepanjang saya berada di Melaka didapati sentimen rakyat Melaka agak tinggi untuk menolak sebarang ahli politik yang menyusahkan mereka, khasnya yang melompat parti,” katanya seperti dipetik portal berita rasmi PAS itu hari ini.

Ahli parlimen Pasir Mas itu juga berkata Pemuda PAS menggesa agar pengundi hanya memilih calon yang berintegriti dan tidak akan melompat setelah diberi mandat dalam pilihan raya negeri.

Untuk rekod Pakatan Harapan (PH) menurunkan dua bekas Adun Umno sebagai calon mereka pada PRN 20 Nov ini, iaitu Idris Haron di kerusi Asahan dan Nor Azman Hassan di Pantai Kundor.

Idris merupakan ketua menteri Melaka antara 2013 hingga 2018. Dia dan Nor Azman pula dilantik sebagai exco selepas PH dijatuhkan pada Mac 2020 dan BN serta Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan baru.

Momentum untuk PRU ke-15

Kedua-dua mereka adalah antara watak yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan BN-PN pimpinan Sulaiman Md Ali pada awal bulan lalu dan membawa kepada terbubarnya DUN Melaka.

Bagaimanapun untuk rekod dalam PN sendiri ada calon yang melompat parti iaitu Mas Ermieyati Samsudin yang dicalonkan untuk kerusi Tanjung Bidara di bawah kawasan parlimen Masjid Tanah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memenangi kerusi parlimen berkenaan atas tiket Umno-BN pada PRU yang diadakan pada 19 Mei 2018.

Mas Ermieyati Samsudin

 

Dia memenangi kerusi parlimen tersebut dengan 8,159 undi mengalahkan calon Bersatu yang mewakili PH, Sabirin Jaafar dan Mohd Nasir Othman dari PAS.

Bagaimanapun Mas Ermieyati ‘melompat’ dari Umno untuk menyertai Bersatu dan menyerahkan borang keahliannya pada 13 Dis 2018.

Selain bekas ketua Puteri Umno Malaysia itu, ada beberapa lagi ahli parlimen Umno yang mengambil langkah yang sama termasuk Hamzah Zainudin (Larut) Dr Latiff Ahmad (Mersing), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Datuk Shabudin Yahya (Tasek Gelugor) dan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).

PAS yang merupakan salah satu parti komponen PN pula menurunkan lapan calon termasuk pesuruhjayanya Kamarudin Sidek.

Menurut Ahmad Fadhli sangat wajar pengundi Melaka memberikan sokongan mereka kepada calon yang dipastikan tidak akan membelot daripada parti yang diwakilinya.

“Ia penting bagi memastikan momentum itu dapat diteruskan pada PRU ke-15 nanti,” katanya.

Ketua Pemuda PAS kata tolak calon lompat parti sentimen pengundi Melaka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kamu tu kontraktor saja, Mahathir arkitek Bersatu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker