Kamu tu kontraktor saja, Mahathir arkitek Bersatu

Kamu tu kontraktor saja, Mahathir arkitek Bersatu

Muhyiddin Yassin mungkin antara individu yang menubuhkan Bersatu, namun beliau tidak lebih hanya sebagai “kontraktor” yang menurut perintah ketuanya, Dr Mahathir Mohamad yang merupakan “arkitek” sebenar di belakang parti itu.

Perkara itu didedahkan setiausaha akhbar Mahathir, Adam Mukhriz Mohd Muhayeedin yang menegaskan terdapat perbezaan besar antara individu yang merancang dan individu menggerakkan.



“Jadi, mungkin betul Muhyiddin kata dia tubuhkan Bersatu tetapi ada beza antara arkitek dan kontraktor.

“Muhyiddin hanyalah kontraktor yang pasang batu bata, tapi Mahathir tetap arkiteknya. Arkitek dah ‘plan’ cantik, kontraktor buat tak ikut plan. Pergi jual kontrak kat orang lain,” katanya di Facebook.

Semalam, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendakwa beliau mengambil langkah pertama untuk membentuk Bersatu selepas dipecat oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak daripada Umno, bukan Mahathir.

Muhyiddin berkata, beliau berasa perlu untuk bersuara mengenai isu 1MDB kepada Najib ketika itu kerana beliau mempunyai kuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri.



Ini akhirnya menyebabkan beliau dipecat oleh Najib yang juga Presiden Umno ketika itu.

Menangkis dakwaan itu, Adam berkata, ketika Muhyiddin dipecat daripada Umno pada 2015, Mahathir sudah pun memulakan jelajah untuk menceritakan keburukan pemerintahan Najib.

Katanya, Mahathir kemudian mengetuai Deklarasi Rakyat Malaysia pada 2016 untuk diberi kepada Raja-raja Melayu bagi menyembah maklum mengenai kesalahan Ahli Parlimen Pekan itu.

“Kemudian apabila Deklarasi Rakyat tidak memberi impak yang diharapkan dan pilihan raya akan diadakan, Tun M ambil keputusan tubuh parti baharu, namun ditolak Muhyiddin kerana mahu bersara daripada dunia politik.



‘Saya dah jadi TPM, nak apa lagi’, kata Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh ketika itu, menurut Adam.

Mahathir kemudian meminta Muhyiddin mempertimbangkan keputusannya itu dengan mendesak beliau meletakkan maruah negara sebagai asas untuk bangkit melawan kerakusan Najib.

Bukan itu sahaja, Adam turut mendedahkan, selain Muhyiddin, Mahathir turut memanggil Shafie Apdal yang kini Presiden Warisan; Presiden Putra Ibrahim Ali dan Mukhriz Mahathir ke rumahnya untuk menubuhkan sebuah parti Melayu dan Bumiputera.

“Ibrahim Ali tak bersetuju untuk bekerjasama dengan DAP waktu tu manakala Shafie Apdal berpendapat beliau akan fokus di Sabah.



“Muhyiddin diarahkan Tun untuk ‘set up’ parti baharu yang kemudiannya dinamakan Bersatu. Walaupun masa itu ada usaha untuk hanya nak bagi Tun M sebagai penasihat sahaja bukan pengerusi, Tun M akhirnya menjadi Pengerusi Bersatu dengan nombor ahli 0000001. Muhyiddin 0000002,” dedahnya.

“Nak sangat ‘claim’ pengasas, ambillah Tun M tak heran. Jawatan PM pun Tun M tak heran,” kata Adam. FMT

Kamu tu kontraktor saja, Mahathir arkitek Bersatu


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker