Amaran ribut petir di 11 negeri petang ini

Sebaran :

Amaran ribut petir di 11 negeri petang ini

Penduduk di 11 negeri terlibat iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan diminta kekal berwaspada ekoran amaran ribut petir yang dikeluarkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku sehingga pukul 5 petang hari ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, di Perlis, Pulau Pinang, Melaka dan WP Labuan, dijangka kesemua kawasan bakal mengalami cuaca buruk serta ribut petir.



“Di Kedah, kawasan yang terlibat ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan kawasan Kerian, Larut Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

“Di Selangor, kawasan terlibat ialah Kuala Langat dan Sepang serta di Negeri Sembilan melibatkan kawasan Seremban, Port Dickson dan Rembau,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, amaran yang sama turut melibatkan kawasan Tangkak, Muar dan Batu Pahat di Johor.

Bagi Sarawak, kawasan terlibat ialah Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang, manakala di Sabah melibatkan kawasan Pendalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Papar), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).



Sebelum itu, Kosmo! melaporkan berlaku banjir kilat di beberapa kawasan di George Town, Pulau Pinang berikutan hujan lebat yang berterusan sejak awal pagi tadi. K Online

Amaran ribut petir di 11 negeri petang ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty



Kilang roti penuh najis tikus dan lipas


Sebaran :

Leave a Reply