Bayi menderita sakit jantung, perlu bantuan

Bayi menderita sakit jantung, perlu bantuan

SEBERANG PERAI – Seorang bayi lelaki berusia 40 hari terpaksa menanggung penderitaan selepas didiagnos menghidapi masalah jantung yang kompleks sejak dilahirkan.

Bayi berkenaan, Muhammad Nur Irfan Nizam juga terpaksa menggunakan bantuan peralatan pernafasan dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) di sebuah hospital di sini.



Menurut pakar jantung hospital, Muhammad Nur Irfan mempunyai masalah kecacatan jantung yang wujud sejak lahir seperti ventricular septal defect (VSD), patent ductus arteriosus (PDA) dan dekstrokradia yang menyebabkan posisi jantung di sebelah kanan, situs ambiguous iaitu susun atur dan pembentukan organ dalam badannya menjadi bercelaru.

Situasi berkenaan menyebabkan bayi tersebut perlu menjalani sekurang-kurangnya tiga pembedahan dengan pembedahan pertama dikenali sebagai prosedur sten yang dijadual pada 28 Oktober lalu terpaksa dibatalkan memandangkan sistam saluran darah bayi itu masih terlalu kecil.

Disebabkan tidak mampu untuk menanggung kos pembedahan yang sangat tinggi sehingga mencecah RM50,000, ibu bapa kepada Muhammad Nur Irfan terpaksa meminta bantuan daripada sebuah pertubuhan kebajikan, One Hope Charity and Welfare Bhd. di Bukit Mertajam di sini untuk membantu mengumpul dana kos pembedahan serta menguruskan kos rawatan bayi malang itu di hospital.

Pengerusi pertubuhan kebajikan tersebut, Datuk Chua Sui Hau berkata, ketika ini, bapa kepada Muhammad Nur Irfan iaitu Nizam Mustakin, 35, hanya bekerja sebagai seorang juruteknik dengan gaji sekitar RM2,500 sebulan, manakala ibunya dikenali sebagai Norshida merupakan seorang suri rumah tangga sepenuh masa.



Katanya, Norshida pernah berniaga makanan di sekitar kampung mereka, namun terpaksa berhenti disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sui Hau berkata, selain Muhammad Nur Irfan, pasangan itu mempunyai dua lagi anak yang masing-masing berusia sembilan dan 11 tahun serta tinggal di sebuah rumah sewa yang berharga RM300 sebulan.

“Ibu bapa kepada bayi ini juga telah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada kami (One Hope Charity and Welfare) untuk melancar serta mengendalikan dana selain membantu mengumpul sumbangan daripada orang ramai yang prihatin terhadap nasib mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Jelas Sui Hau, sumbangan itu boleh disalurkan menerusi laman sesawang www.onehopecharity.org atau melalui aplikasi One Hope Charity and Welfare melalui akaun Public Bank Berhad bernombor 3201428817.



Tambahnya, mereka yang ingin membantu juga boleh meng­hubungi pertubuhan kebajikan itu di talian 016-419 2192, 019-232 2192 atau 04-539 9212 untuk maklumat lanjut. FMT

Bayi menderita sakit jantung, perlu bantuan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty



Kilang roti penuh najis tikus dan lipas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker