Langgar SOP PRN Melaka, Calon PH dikompaun RM4,000

Kompaun yang dikeluarkan kepada calon PH di sebuah warung di Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah pada Jumaat.

MELAKA – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Law Bing Haw dikompaun RM4,000 kerana kesalahan memakai jaket berlambangkan parti ketika bertemu orang ramai.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil yang mengesahkan perkara itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak masuk akal.

Beliau juga kecewa dengan tindakan itu yang dilihat lari daripada konsep demokrasi sebenar.

“Prosedur operasi standard (SOP) pada asasnya adalah untuk mengekang wabak. Jika calon tidak dibenarkan memakai baju lambang parti, kenapa dibenarkan pemasangan bendera logo parti?



“Bagaimana nak berkempen? Jadi apa sebenarnya yang mahu dikekang, virus Covid-19 atau virus demokrasi, atau adakah mereka lihat demokrasi ini sebagai virus,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Menerusi notis yang dikongsikan beliau, kompaun berkenaan dikeluarkan di sebuah warung di Kampung Melaka Pindah, Alor Gajah pada Jumaat.

Kesalahan yang tertera dalam notis kompaun tersebut ialah ‘menjalankan kempen PRN Melaka dengan cara calon memakai jaket berlambang parti PH’.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, beliau bimbang SOP yang tidak mesra lapangan seperti ini akan diteruskan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.



“SOP ini dirangka oleh mereka di meja mesyuarat bukan di lapangan. Penguatkuasaan berbanding realiti di lapangan amat jauh jurangnya,” ujar beliau.

Langgar SOP PRN Melaka, Calon PH dikompaun RM4,000

 


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kempen Muhyiddin bukan untuk rakyat Melaka tapi hanya untuk hentam UMNO



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker