Pelan Induk Wakaf Nasional perkasa pengurusan wakaf negara

Pelan Induk Wakaf Nasional perkasa pengurusan wakaf negara

Kerajaan kini sedang merangka Pelan Induk Wakaf Nasional sebagai pelan holistik untuk memperkasa pengurusan wakaf di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia selaras dengan usaha mempelbagaikan sumber kewangan bagi membiayai perniagaan dan meningkatkan ekuiti bumiputera.

Sehubungan itu, kata beliau, institusi wakaf perlu bersama-sama memainkan peranan untuk melonjakkan sosioekonomi komuniti sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Oleh kerana keupayaan konsep wakaf yang mampu melonjakkan ekonomi masyarakat dan negara, kerajaan terus mengangkat wakaf sebagai agenda nasional.

“Justeru, wakaf telah dijadikan sebahagian daripada kerangka Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). Fokus Kelima dan Fokus Keenam RMK-12 menggariskan peranan kritikal yang perlu dimainkan oleh institusi wakaf dalam membantu Keluarga Malaysia keluar daripada kepompong kemiskinan,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Pelancaran Waqaf Felda, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, penubuhan Waqaf Felda adalah menyokong pembentukan model perniagaan baharu, menyemai benih keberkatan, menyuburkan kebajikan dan sumbangan kepada komuniti serta mengukuhkan kelestarian Felda.

Menurutnya, Waqaf Felda juga dijadikan sebagai pemangkin ekonomi luar bandar bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan yang biasanya tidak ditembusi syarikat korporat lain dengan objektif lebih terarah kepada memaksimumkan keuntungan.

“Waqaf Felda akan melaburkan semula sebahagian keuntungan pelaburan awal yang disumbangkan oleh Felda sendiri dan agensi seperti FGV Holdings Berhad, Koperasi Permodalan Felda dan MSM Holdings Berhad serta beberapa agensi berkaitan Felda lain.

“Ia bagi membolehkan Waqaf Felda ini dapat bergerak dengan lebih mampan, sekali gus mampu memberi manfaat kepada lebih ramai warga Keluarga Malaysia yang memerlukan,” jelasnya.

Tambah beliau, sebanyak 30 peratus keuntungan yang diperoleh Waqaf Felda diperuntukkan kepada kebajikan, lima peratus disalurkan kepada Majlis Agama Islam WilayahPersekutuan manakala selebihnya dilabur semula.

“Sehubungan itu, saya meletakkan harapan untuk Felda mengambil peluang ini bagi mempelopori Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) atau juga masyarakat 5.0 dalam pelaksanaan wakaf dan seterusnya mengangkat Felda sebagai peneraju ekonomi luar bandar.

“Insya-Allah, dengan tadbir urus yang jitu, Waqaf Felda akan mampu menguruskan aset sehingga RM500 juta menjelang tahun 2030 seperti yang diaspirasikan Keluarga Malaysia,” ujarnya. Utusan

Pelan Induk Wakaf Nasional perkasa pengurusan wakaf negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker