Elon Musk rugi AS$50 bilion dalam 2 hari

Elon Musk rugi AS$50 bilion dalam 2 hari

Ketua Pegawai Eksekutif Tesla dan SpaceX, Elon Musk kehilangan AS$50 bilion (RM208 bilion) selepas saham Tesla Inc menjunam untuk hari kedua berturut-turut.

India Times melaporkan ia kemerosotan dua hari terbesar dalam sejarah Indeks Bilionair Bloomberg.



Selain itu, ia rekod kejatuhan sehari terbesar selepas Jeff Bezos berjumlah AS$36 bilion (RM149 bilion) ketika mengumumkan perceraian dengan MacKenzie Scott pada 2019.

Keadaan ini minggu sukar untuk pembuat kereta itu, di mana awal minggu ini, Musk mendapatkan pandangan pengikut Twitternya sama ada beliau harus menjual 10 peratus kepentingannya dalam syarikat itu.

Undian itu diikuti dengan berita abangnya Kimbal menjual saham sejurus sebelum pengundian.

Ia disusuli laporan portal Insider pada Selasa lalu mengenai Michael Burry, pelabur terkenal dengan filem The Big Short yang berkata, Musk mungkin mahu menjual saham untuk menampung hutang peribadinya.



Disebabkan kerugian besar ini, beza Musk dengan Bezos sebagai orang terkaya di dunia menjadi tipis iaitu AS$83 bilion (RM345 bilion).

Musk mengatasi pengasas Amazon buat kali pertama pada bulan Januari.

Perbezaan antara kedua-duanya baru-baru ini AS$143 bilion (RM595 bilion), jauh lebih besar daripada nilai bersih Bill Gates, orang keempat terkaya di dunia.

Kekayaan Musk masih meningkat 70 peratus tahun ini daripada keuntungan Tesla susulan pertumbuhan pendapatan kukuh dan jumlah penghantaran tinggi, selain penilaian lebih tinggi untuk SpaceX.



Laporan Bloomberg menambah, permodalan pasaran Tesla kekal melebihi AS$1 trilion (RM4.16 trilion), penanda aras dicapai bulan lalu selepas keputusan suku ketiganya mengatasi jangkaan pasaran dengan ketara dan syarikat kereta sewa Hertz Global Holdings Inc menempah 100,000 kereta Tesla.

Januari lalu, Musk dinamakan sebagai individu terkaya di dunia dengan memiliki kekayaan lebih AS$188 bilion (RM800 bilion).

Dia mengatasi Jeff Bezos yang sebelum ini individu terkaya di dunia sejak 2017.

Dalam pada itu, AFP melaporkan, Musk menjual 10 peratus saham miliknya di Tesla bernilai AS$1.1 bilion (RM4.57 bilion). BH



Elon Musk rugi AS$50 bilion dalam 2 hari


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty



Kilang roti penuh najis tikus dan lipas

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker