Milo Malaysia vs Milo Australia, jom cuba resipi ini

Sebaran :

Milo Malaysia vs Milo Australia, jom cuba resipi ini

Air Milo, sebut sahaja air coklat, secara automatik, nama Milo akan muncul dalam kepala. Dan antara kegemaran ramai dan paling banyak memori, tentulah air milo lori yang datang ke sekolah.

Menurut Chef Amer, terdapat perbezaan di antara Milo yang dijual di Malaysia dan Australia daripada segi kualiti dan kuantiti koko.

Jelasnya, Milo Australia lebih berlemak dan bersusu kerana diperbuat daripada susu lembu asli manakala Milo Malaysia lebih manis kerana menggunakan serbuk krimer.



Chef Amer turut berkongsi resipi Milo Ais Mengigau yang padu dan berlemak.

Milo satu produk berasaskan koko yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Kita semua membesar bersamanya sehingga kan ada yang terlebih ‘besar’ seperti saya sekarang. He..he..

Tentu ramai yang setuju kalau saya katakan MILO yang kita rasa sekarang, jauh berubah rasanya dengan yang dahulu.



Tidak lemak dan kurang ‘kick’, hanya terasa manisnya yang lebih.

Apa sebenarnya yang telah berlaku ?

Kita tentu sering terlihat perkataan ini dalam produk makanan.

‘RESEPI YANG DIPERBAHARUI’



Ramai yang salah anggap bila sesuatu resepi itu diperbaharui, rasa dan kualitinya akan ditingkatkan.

Sebenarnya ia adalah istilah untuk ubahsuai resepi bagi mengantikan sesuatu bahan kepada yang lebih murah demi mengimbang kos yang semakin meningkat tetapi mengekalkan harga jualan.

Sudahnya, susu tepung digantikan dengan serbuk krimer bukan tenusu (lemak kelapa sawit).

Serbuk koko dikurangkan dan di gantikan dengan koko yang kurang berkualiti atau perisa koko sahaja.

Semua ini berkait rapat dengan harga pasaran, persaingan dan kuasa membeli.

Untuk merasai nikmat MILO seperti dahulu, kita boleh cuba dapatkan Milo dalan tin yang dikeluarkan di Australia tetapi harganya agak premium lah.

Untuk berat 1 kg, biasanya harga dalam RM45 – RM50, jauh berbanding yang dikeluarkan di Malaysia cuma RM15 untuk 1.5 kg.

Apa bezanya?

Milo Australia lebih ‘Creamy’ atau bersusu kerana diperbuat dari susu lembu asli berbanding Milo Malaysia yang lebih manis dan menggunakan serbuk krimer sahaja.

Apa-apa pun terpulang kepada citarasa dan selera masing-masing. Dua-dua ada kelebihan dan pengemarnya kerana sedap itu sangat subjektif.

Jika suka yang manis dan berkoko, boleh pilih Milo Malaysia. Pastinya lebih murah.

Bagi yang suka lebih berlemak dan bersusu, minum lah Milo Australia tetapi perlu bayar lebih.

Tidak perlu kita berbalah kerana kita bebas memilih apa yang kita mahukan.

Di sini dikongsikan resepi MILO AIS MENGIGAU yang padu lemak berkrim kegemaran anak-anak.

Untuk 6 hidangan.

Bahan :

12 sudu Serbuk Milo Australia

2 gelas Air Panas

250 ml Susu Kotak Penuh Krim

6 sudu Susu Pekat Manis

4 gelas Kiub Ais

Cara :

1. Masukkan Milo dan air panas ke dalam blender – kisar selama 15 saat.

* Proses mengisar ini akan menjadikan serbuk milo lebih ‘homogeneous’ atau sebati.

2. Masukkan susu kotak dan susu pekat manis – kisar lagi 15 saat.

* Boleh juga diletakkan 1/3 camca kecil Nescafe untuk kelainan rasa.

3. Masukkan ais dan biarkan sebentar.

4. Rasanya lebih ‘sempurna’ selepas 5 – 10 minit.

Rasa sekali, pasti terbawa ke mimpi.

Resepi Chef Amer

Milo Malaysia vs Milo Australia, jom cuba resipi ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas


Sebaran :

Leave a Reply