PRN Melaka: Bilik Gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, dikompaun RM10,000 — MYKMU.NET

PRN Melaka: Bilik Gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, dikompaun RM10,000

Sebaran :

PRN Melaka: Bilik Gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, dikompaun RM10,000

TELOK MAS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengeluarkan notis penutupan premis ke atas Pusat Gerakan Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas, berkuat kuasa hari ini hingga 26 Nov.

Mengikut paparan yang dikongsikan kepada Astro AWANI, notis penutupan itu dikeluarkan berikutan terdapat pengesanan kes COVID-19 dalam kalangan mereka yang berada di premis itu.

Selain itu, PN juga dikenakan kompaun RM10,000 kerana gagal menyediakan alat pengesan suhu di premis berkenaan, yang merupakan bilik gerakan untuk calon mereka, Datuk Rafiq Naizamohideen.
Sementara itu, satu lagi notis telah dikeluarkan agar pengurusan premis terbabit mengenalpasti kontak rapat kepada kes terbabit, dan menyerahkan senarai itu kepada Pejabat Kesihatan Daerah.

Selain itu, notis terbabit turut mengarahkan PN untuk menyediakan alat pengesan suhu serta mengemas kini maklumat SOP yang dikeluarkan melalui Pelan Pemulihan Negara (PPN).



“Sebarang kehadiran atau aktiviti berkaitan parti di premis yang diarahkan tutup, tidak dibenarkan melainkan mendapat kebenaran Pengarah Kesihatan Negeri Melaka,” menurut notis itu lagi.-AA

PRN Melaka: Bilik Gerakan PN di Telok Mas ditutup kerana COVID-19, dikompaun RM10,000

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Myvi baharu lebih sporty

Kilang roti penuh najis tikus dan lipas


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: