PM lakukanlah apa sepatutnya terhadap NGO rasis ini – Prof Ridhuan Tee

KERAJAAN mesti tegas dalam pelaksanaan Jawi di SJKC (T). Minoriti (bukan bumi) mesti belajar memahami majoriti (bumi), demi mencapai matlamat pembinaan negara bangsa.

Ultra kiasu Dong Jiao Zong, hanya NGO, bukan siapa-siapa. Undi mereka tetap kepada parti ultra kiasu. Negara ini juga tidak akan kacau-bilau jika NGO ini diharamkan.

Kita amat hairan kenapa perancangan kerajaan harus gagal setiap kali ditentang oleh NGO rasis ini. Lebih malang lagi, kerajaan yang berdaulat terpaksa tunduk, sedang NGO ini langsung tidak legitimasi apatah lagi berdaulat.



Sudahlah dasar kerajaan ditolak, NGO rasis ini berani menggesa kerajaan agar tulisan pelbagai etnik dapat diperkenalkan selain Jawi, sedangkan keputusan telah dibuat?

Persoalannya, siapakah pelbagai etnik yang dimaksudkan? Kenapa pelbagai etnik? Tidak cukupkah lagi sekolah berasaskan kaum dibenarkan beroperasi secina-cinanya? Pernakah NGO rasis mencadangkan supaya subjek budaya Melayu diperkenalkan di SJKC supaya murid Cina dapat serba sedikit mengenali makna Melayu? Tidak pernahkan!

Hatta mereka sentiasa menolak apa juga keputusan kerajaan seperti menolak menambah masa pengajaran subjek Bahasa Melayu, menolak subjek sejarah yang mesti diajar dalam Bahasa Melayu, menolak guru-guru Melayu yang tidak ada Pendidikan Cina berada di SJKC, menolak keputusan kerajaan untuk menyeragamkan silibus Bahasa Melayu di semua sekolah. Dalam kata lain, kerajaan tidak boleh menyentuh langsung proses pencinaan di SJKC, walaupun semua gaji dan prasana ditanggung kerajaan.

Malah saban hari mereka desak kerajaan tambah lagi SJKC dan pinda perlembagaan untuk mengintitusikannya, supaya SJKC setaraf dengan Sekolah Kebangsaan. Dalam kata lain, semua kemudahan dan bantuan kerajaan mereka mahu, tetapi mereka langsung tidak mahu menerima keputusan kerajaan. Malah, semakin berani dan lantang menolak keputusan kerajaan.



Cuba fikir sejenak alasan NGO rasis ultra kiasu ini menolak Jawi dan mencadangkan agar budaya etnik lain turut diajar. Etnik manakah yang dimaksud itu selain alasan untuk menolak Jawi?

Berterusan hentam sistem pendidikan negara, Dong Zong dah tak patut wujud

Nampak sangat sekadar alasan untuk menolak jawi yang menjadi sebahagian budaya Melayu Islam. NGO rasis langsung tidak mahu lihat ada unsur-unsur itu masuk dalam sekolah. Peliknya, mereka menerima murid-murid Melayu, bagi membuktikan bahawa SJKC menarik perhatian Melayu, bagi mengekalkan kerelevanannya, agar kerajan tidak berani menyentuh SJKC (T).



Kenapa NGO rasis ultra kiasu tidak lantang menentang logo halal yang digunakan bagi melariskan perniagaan mereka. Kenapa tidak cadangkan logo halal turut ditulis dalam tulisan pelbagai etnik?

Oleh kerana mereka dapat menerima logo halal, boleh tak kerajaan wajibkan agar nama SJKC turut ditulis dalam tulisan jawi di setiap 1300 SJKC yang ada.

Rata-rata kita lihat nama SJKC ditulis dalam karektor bahasa mereka dahulu, diikuti bahasa Melayu, itupun jika ada. Kenapa kita tidak wajibkan Jawi, sedangkan mereka menerima logo halal? Kenapa terus biarkan mereka sesuka hati menulis apa yang mereka suka?

Kita teramat hairan, sudahlah proses pencinaan (pengindiaan) berlaku sangat ekstrem, kenapa sedikit pun mereka tidak dapat menerima jawi.



Warganegara jenis apakah yang sedang kita simpan ini. Layakkah mereka ini digelar sebagai warganegara? Mereka langsung tidak bersyukur.

Bila lagi kerajaan mahu mengharamkan NGO rasis ini daripada terus membangkitkan perkara sensitif yang boleh memecahbelahkan kaum?

Bila lagi minoriti mahu belajar memahami majoriti pribumi?

Lihat di New Zealand, bagaimana kita lihat bagaimana pendatang begitu memahami pribumi Maori.



NGO rasis itu mahukan, sebuah jawatankuasa pelbagai etnik telah ditubuhkan bagi merangka satu penyelesaian untuk isu ini yang selaras dengan keadaan kepelbagaian di Malaysia. Kepelbagaian apakah yang dimaksudkan itu? Tidakkah nama negara ini dahulu bernama Tanah Melayu?

Kerajaan kena bawa balik nama Persekutuan (Semenanjung) Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak apabila berlaku pembentukan Malaysia, seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Jangan lagi guna nama Semenanjung Malaysia. Kita hendak tengok, ultra kiasu berani atau tidak, menggunakan istilah saya berasal daripada Semenanjung Tanah Melayu.

Percayalah! Wujud perancangan ultra kiasu ini untuk menghapuskan identiti berkaitan dengan Melayu dan Islam. Sebab itu mereka begitu menolak sebarang unsur Melayu dan Islam di SJKC. Sangat tidak logik, sekadar tiga muka surat Jawi ditolak dengan begitu agresif dan sangat kurang ajar.

Pun begitu, jika benar kerajaan tunduk dan mahu wujudkan jawatankuasa, saya menawarkan diri untuk berada dalam jawatankuasa tersebut. Jangan letak mereka dalam jawatankuasa dalam kalangan yang tidak berani berkata benar.



Dong Jiao Zong mendakwa hasil soal selidik yang melibatkan ibu bapa pelajar tahun 4 di SJKC dan SJKT, mendapati 98 peratus SJKC di seluruh negara tidak bersetuju dengan pelaksanaan ini.

Apa hasil yang boleh diharapkan dengan soal selidik, jika semua yang menjawab dalam kalangan ultra kiasu. Sudah tentu jawapan sudah boleh dijangkakan.

Kerajaan tidak boleh sama sekali tunduk kepada ultra kiasu ini. Negara ini ada dasar, bukan bapak dia yang punya. Sejarah telah membuktikan negara ini ada asal usulnya. Kembalikan nama Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak apabila berlaku pembentukan Malaysia. Ini bukan semenanjung Malaysia tetapi Semenanjung Tanah Melayu.

Kita mahu membina negara bangsa bukan membina bangsa.

Dong Jiao Zong terlalu rakus minta institusikan vernakular seperti sekolah kebangsaan

Hairan, kenapa DJZ tidak pernah terlintas untuk membuat soal selidik tentang keupayaan guru dan pelajar SJKC, UEC mengenai keupayaan dan penguasaan mereka dalam Bahasa kebangsaan.

Cuba suruh mereka nyanyikan lagi Negaraku dan diperdengarkan dan sama-sama kita dengar

Sebut negaraku, jadi negalaku, tanah tumpahnya darahku, darah jadi, lalahku. Rakyat hidup, jadi lakyat hilup…..

Bila terbukti tidak boleh berbahasa Melayu, maka dia akan cover, haiya, saya moleh ciakap malayu…

Lihat produk produk SJKC dan UEC, perkataan seperti lahabau pun dia tidak tahu. Kalau tidak tahu jangan guna. Ini tidak, dengan penuh keyakinan dia kata, lahabau Melaka, jom undi. Bila didapati salah, minta maaf. Kita pun maafkan.

Saya memohon Perdana Menteri, mengotakan apa yang telah diucapkan dua tahun lalu, ketika menjadi Naib Presiden UMNO, kini sudah menjawat jawatan Perdana Menteri, pernah memberi peringatan kepada Dong Zong bahawa mereka perlu ingat dan sedar di mana mereka berpijak dan langit mana yang mereka sedang dijunjung.

Perdana Menteri pernah menegaskan dalam Dewan Rakyat bahawa negara ini adalah Tanah Melayu dan majoritinya masih Melayu Islam. Jadi, bukankah amat penting minoriti memahami cara hidup majoriti.

Perdana Menteri turut bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Dong Zong ini merupakan satu pertubuhan yang rasis dan justeru itu beliau mencabar kerajaan supaya mengharamkan Dong Zong.

Justeru, saya merayu, lakukanlah apa yang sepatutnya terhadap NGO rasis ini. Sedarlah, kewujudan NGO ultra kiasu rasis ini hanya akan merosakkan perpaduan di negara ini.

Yakinlah juga, wujud atau tidak NGO ini, undi tetap tidak akan beralih kepada kerajaan, tetapi mereka tetap mengundi sesama ultra kiasu. Kepada siapa lagi kerajaan mahu percaya, kalau saya seorang Cina yang amat memahami budaya politik bangsa saya sendiri

Saya tidak ekstrem atau membenci bangsa saya sendiri. Mustahil. Tetapi saya bercakap daripada perspektif seorang rakyat yang memahami sejarah, memahami perlembagaan, sedar akan kedudukan majoriti-minoriti, sedar akan beruntungnya minoriti yang telah diberikan hak lebih daripada sepatutnya, sedar akan betapa beruntungnya minoriti kerana langsung tidak diasimilasikan, berbanding dengan sejarah pendatang di negara-negara lain.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah

PM lakukanlah apa sepatutnya terhadap NGO rasis ini – Prof Ridhuan Tee


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kok Seong tempelak Dong Zong, dakwaan salah dan tak bertanggungjawab!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker