PRN Melaka: Dakwaan Sembilan PDM Bemban Ditutup Tidak Benar

PRN Melaka-Dakwaan Sembilan PDM Bemban Ditutup Tidak Benar

Pengarah Jentera Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Rizman Ghazali menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan tersebut ditutup.

Katanya, kesemua PDM telah dibuka selepas pengumuman penamaan calon pada semalam (Isnin) namun hanya satu PDM dipindahkan atas faktor keselamatan kerana kedudukannya yang berbahaya.

“Saya menafikan penutupan sembilan PDM tersebut kerana yang sahnya hanya satu PDM dipindahkan. Ada gambar yang disebar iaitu PDM Pondok Kempas yang mana saya telah minta ia dipindahkan.

“Saya telah minta Ketua PDM, Baharuddin Kancil untuk memindahkan PDM Pondok Kempas tersebut dengan memberikan ruang secukupnya kepada beliau kerana jalan itu turun bukit di selekoh… saya pun pernah terima hon dan hampir melanggar motosikal ini amat berbahaya,” katanya.

Sementara itu, bagi Ketua PDM Pondok Kempas, Baharudin Sidang Kancil turut memaklumkan jentera BN telah bersiap sedia untuk berhadapan hari pengundian kerana segala persiapan telah dilaksanakan meskipun PDM tersebut terpaksa dipindahkan atas faktor keselamatan.

“Saya pun terkejut bila terdengar dan membaca sembilan PDM DUN Bemban ditutup kerana apa yang kita tengok selepas penamaan calon 8 Nov baru kita diarahkan oleh Rizman untuk membuka bilik gerakan.

“Jadi semalam selepas tamat penamaan calon saya meminta ahli jawatankuasa bilik gerakan untuk menghias dan membuka.

“Kami di sini sudah bersiap siaga untuk menunggu hari mengundi pada 20 Nov ini,” jelasnya.

Bagi Ketua PDM Kesang Jaya, Abdul Rahman Ali beliau meluahkan rasa kesal dengan tersebarnya khabar angin berkenaan penutupan PDM tersebut.

“Tidak ada timbul isu tutup PDM kerana pada waktu itu belum buka lagi, kita hanya akan buka selepas penamaan calon.

“Kita kini sudah adakan perjumpaan selepas penamaan calon pada semalam termasuk perbincangan di peringkat DUN,” tegas beliau.

Terdahulu, terdapat laporan berita mengatakan bahawa sembilan PDM ditutup pada Jumaat iaitu Pondok Kempas, Kesang Tua, Seri Bemban, Tehel, Taman Maju, Air Panas, Air Kangkong, Air Barok dan Kesang Jaya.

Laporan tersebut menyebut penutupan tersebut dilakukan selepas pengumuman calon BN yang dilakukan pada Sabtu lalu. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

PRN Melaka-Dakwaan Sembilan PDM Bemban Ditutup Tidak Benar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker