Dapatkan bonus Lazada sehingga RM400

Sebaran :

Dapatkan bonus Lazada sehingga RM400

Dengan hanya beberapa jam saja lagi mencapai detik 12 tengah malam pada 11 November, Lazada mendedahkan tip bagi mendapatkan Bonus Lazada sehingga RM400 sempena Jualan Sehari Terbesar Lazada 11.11.

Buat pertama kalinya, pengguna di Malaysia berpeluang mendapatkan Bonus Lazada sehingga RM400.

Lazada Bonus adalah ciri yang terdapat pada aplikasi Lazada yang membolehkan pembeli dalam talian diskaun tambahan sebnayak RM10 untuk setiap RM100 perbelanjaan bagi produk yang mempunyai lencana Lazada Bonus pada 11 November.



Lazada dalam kenyataan berkata, bagi mengumpul Bonus Lazada sehingga RM400 itu, pengguna perlu menjadi antara 11,111 individu pertama melawati laman Jualan 11.11 Lazada pada jam 1 tengah hari setiap hari.

Pengguna juga perlu menjadi antara 11,111 individu pertama berkongsi mengenai Bonus Lazada di media sosial dari laman 11.11.

Jualan Sehari Terbesar Lazada 11.11 — jualan dalam talian yang paling dinanti-nantikan tahun ini — akan bermula pada pukul 12 pagi malam ini.

“Pembeli-belah juga perlu menyelesaikan misi mudah LazCoins di laman Coins untuk menerima ganjaran Bonus Lazada, bermain permainan Lazzie Star sehingga ke peringkat 30 bagi mengumpul semua ganjaran Bonus Lazada dan menyelesaikan daftar keluar pertama pada Jualan 11.11 untuk menerima lebih banyak Bonus Lazada selepas pembelian,” katanya.



Selain mengumpul RM400 Bonus Lazada, rakan kongsi jenama rasmi LazMall juga akan mengeluarkan Crazy Brand Mega Offers sehingga 70 peratus diskaun untuk masa terhad, dengan baucar berjenama bernilai RM11 juta untuk direbut dari 12 tengah malam hingga 2 pagi, serta baucar Penghantaran Percuma dan diskaun tambahan Bonus Lazada.

Pembeli boleh melayari https://lzd.co/MegaSale untuk maklumat lanjut mengenai Jualan Terbesar Sehari Lazada 11.11 dan https://lzd.co/LazadaMYFreeShipping untuk maklumat lanjut mengenai Penghantaran Percuma Lazada 11.11. HM

Dapatkan bonus Lazada sehingga RM400


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Laungan PAS nak satukan ummah cuma halwa telinga

Lelaki mabuk bogelkan ibunya dan cuba merogolnya


Sebaran :

Leave a Reply