Taib Mahmud kenang detik ‘lamar’ mendiang Masing, gembira dapat berkhidmat bersama

Taib Mahmud kenang detik ‘lamar’ mendiang Masing, gembira dapat berkhidmat bersama

KUCHING: ‘(Mendiang) Masing seorang yang jujur dan saya gembira kerana berpeluang bekerja dengannya sebagai salah seorang menteri di bawah pentadbiran saya.’’

Demikian kenangan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, ketika ditemui media sejurus selesai memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri James Jemut Masing yang meninggal dunia pada Ahad

Selain itu, Tun Taib juga sempat berkongsi pengalaman saat pertama kali ‘melamar’ mendiang Masing untuk menjadi salah seorang menteri di bawah pentadbirannya selaku Ketua Menteri Sarawak ke-4 yang lalu.

‘’Mendiang seorang yang berbudi bahasa, saya pernah menelefon mendiang ketika dia bekerja di SESCO dan minta dia meletak jawatan supaya dapat menjadi menteri.

‘’Saya berkata anda ikhlas, disayangi rakyat, baik dan banyak berkhidmat untuk rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh,’’ katanya.

Belasungkawa | Mendiang seorang yang ikhlas & disegani – TYT Sarawak

Terdahulu, Tun Taib dan dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib tiba di kediaman mendiang Tan Sri James Jemut Masing bagi memberikan penghormatan terakhir.

Kedua-dua yang berpakaian hitam dan putih tiba pada jam 12 tengah hari di Jalan Ong Tian Swee di sini, pada Isnin.

Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya, pada jam 7.05 pagi Ahad.

Mendiang yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 28 September lalu akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.

Selepas kesihatannya semakin merosot, mendiang dipindahkan ke Pusat Perubatan Pakar Normah, minggu lalu.-Awani

Taib Mahmud kenang detik ‘lamar’ mendiang Masing, gembira dapat berkhidmat bersama

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Melaka: MKT Umno beri PM mandat berunding, elak parti dalam kerajaan bertembung

Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker