Anwar mahu k’jaan jelaskan projek ‘off bajet’

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut kerajaan agar menjelaskan beberapa perbelanjaan “off bajet” semasa membahaskan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Antaranya, dia menamakan beberapa projek berkenaan, termasuk pelancaran 5G di seluruh negara, kemungkinan meneruskan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan usaha untuk menswastakan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.

Memetik 1MDB yang menanggung hutang sebanyak RM32.3 bilion, menurutnya, rakyat akhirnya terpaksa menanggung bil untuk projek-projek ini.



“Kerajaan kata perbelanjaan berbilion-bilion ini tidak akan menyentuh dana kerajaan, ia akan balik kepada kerajaan.

“Jangan pandang ringan sebab selalunya PM akan sebut ini bukan dana kerajaan. Ini satu keliru kerana tidak benar sama sekali.

“Saya sentuh off budget kerana ada anggapan off budget adalah dana tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

 



“Saya nak sebut ini adalah kesilapan, contoh skandal terbesar dan terkenal dunia adalah 1MDB, pada masa itu off budget,” katanya sambil menambah bahawa dia ingin melihat satu lagi skandal 1MDB berulang di negara ini.

Malah kata Ahli Parlimen Port Dickson itu, projek off budget perlu dilaksanakan secara telus dan terbuka.

Anwar berkata bahawa dia mendapati sumber dalaman kos operasi Digital Nasional Berhad (DNB), yang ditubuhkan untuk membina dan memiliki infrastruktur rangkaian 5G Malaysia, telah melebihi RM18.9 bilion walaupun kerajaan masih belum mendedahkan kos sebenar projek itu.

“Ada kata RM11 bilion (nilai projek), ada yang kata RM15 bilion. Mungkin cecah RM28 bilion untuk menambah baik rangkaian 4G yang ada.



“Oleh itu saya nak tekankan kita mempertanggungjawabkan kerajaan dan Menteri Kewangan khususnya bila ada pelaksanaan program besar – umpamanya pelaksanaan yg diterajui Digital Nasional Berhad yang sangat kabur, tidak ada penjelasan teliti,” katanya.

 

DNB akan diberi peruntukan RM15 bilion untuk dibelanjakan bagi pelancaran 5G dalam tempoh 10 tahun. Pada Julai, DNB mengumumkan bahawa ia telah melantik Ericsson untuk merekabentuk dan membina Rangkaian 5G Nasional dengan kos keseluruhan RM11 bilion.

Pakatan Harapan dilaporkan menolak perbelanjaan dan projek “off budget” yang dilaksanakan tanpa tender terbuka dan kekurangan ketelusan.



Anwar mahu k’jaan jelaskan projek ‘off bajet’

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker