Jangan jadi macam Aedy Ashraf

Saya tak habis sekolah, tak ambil SPM, jangan contohi saya

Jangan jadi macam Aedy Ashraf

Pelakon Aedy Ashraf, 30, menyifatkan tindakannya membuat pengakuan berhenti sekolah ketika tingkatan empat dan tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bukan untuk ‘dicontohi’ golongan remaja, termasuk menjadi sesuatu yang dibanggakannya.

Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi ketika ditemui berkata, keputusan dibuatnya kira-kira 14 tahun lalu itu bersebab, tetapi menuntut ilmu di dalam kehidupan sebenarnya tidak pernah berakhir.



“Apa yang saya dedahkan baru-baru ini bukanlah bertujuan untuk mengajak golongan muda mencontohi apa yang sudah saya lakukan ketika berusia 16 tahun dulu apabila memilih berhenti sekolah dan tak ambil SPM.

“Bagi saya, menuntut ilmu sangat penting dalam hidup kita dan proses ini (belajar) tidak akan pernah berakhir. Cuma, situasi saya tidak bertuah pada ketika itu (remaja) kerana perlu bekerja bagi menyara keluarga.

“Kalau saya ada peluang belajar sebagaimana orang lain dengan kemampuan kewangan yang cukup, saya akan terus belajar menimba ilmu hingga ke tahap tertinggi yang saya boleh pergi sebab pendidikan itu penting,” katanya.

Aedy berkata, dia sangat menyarankan kepada golongan remaja yang masih bersekolah agar terus belajar sehingga ke peringkat menara gading jika berpeluang kerana dalam kehidupan memiliki ilmu sangat penting.



“Kepada remaja yang masih bersekolah, saya galakkan agar adik-adik menghabiskan persekolahan itu dan sekiranya ada rezeki ke universiti, teruskan kerana ilmu sangat berguna dalam kehidupan. Jangan mencontohi apa yang pernah saya lakukan.

“Walaupun tidak habis sekolah dan ambil SPM, saya seorang yang suka membaca buku-buku kemahiran, termasuk belajar sendiri secara ‘online’ (atas talian) kerana sedar menuntut ilmu penting dan tidak pernah berakhir,” katanya.

Pelakon drama Budak Tebing ini berkata, dia juga ambil masa lama untuk membuat pendedahan berhenti sekolah dan tidak ambil SPM itu kerana tidak mahu tindakannya menjadi ikutan remaja masa kini.

“Selama 13 tahun, saya simpan perkara ini tanpa mendedahkannya. Jadi, daripada pendedahan saya itu harapnya adik-adik jadikanlah iktibar agar mengutamakan pelajaran jika keluarga berkemampuan. Jangan sia-siakan peluang yang ada itu,” katanya.



Terdahulu, Aedy membuka rahsia terbesar dalam hidupnya itu ketikamenjadi tetamu di dalam program Studio Sembang yang dikendalikan kekasihnya juga pelakon jelita, Amelia Henderson, baru-baru ini.

Semalam, Aedy hadir pada majlis pratonton filem War on Teror: KL Anarki yang menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 23 November ini terbitan bersama Multimedia Entertainment.

Melakonkan watak anggota polis, Khalid, Aedy mengakui ia filem aksi pertama lakonannya yang memerlukan dia mencabar diri melakukan 100 peratus aksi lagak ngeri sendiri walaupun takut dengan ketinggian.

Selain Aedy, filem arahan Kroll Azry dan Frank See itu turut dibintangi Farali Khan, Adlin Aman Ramlie, Qi Razali, Daiyan Trisha, Noki of K-Clique, Naque Ariffin, Wan Hanafi Su, Kahoe Hon dan Daniel Ga. HM



Jangan jadi macam Aedy Ashraf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?



Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU



Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker