Ini kempen PRU15 bukan pemilihan UMNO- Ahmad Maslan

Ini kempen PRU15 bukan pemilihan UMNO- Ahmad Maslan

Semua calon Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya menjadikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebagai pentas kempen untuk pemilihan parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, menasihati semua calon UMNO dan BN supaya melakukan ‘pecutan’ pada hari-hari terakhir berkempen sebelum tengah malam Jumaat ini.



“Saya nak ingatkan semua (calon) tiada undi penentu. Kena anggap semuanya (tak kira kaum atau kategori) adalah undi penentu. Setiap undi penting,” katanya kepada pemberita selepas ramah mesra bersama masyarakat di Kampung Ayer Baloi, di sini hari ini.

Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai terdapatnya calon UMNO yang seolah-olah menjadikan PRU15 sebagai medan kempen pemilihan parti.

Katanya, Perhimpunan Agung Khas UMNO pada Mei lepas memutuskan bahawa pemilihan parti adalah dalam tempoh enam bulan selepas PRU15 diadakan.

“Kita belum tentukan bila pemilihan (parti itu), yang pasti tidak lewat daripada 19 Mei 2023. Oleh kerana itu, saya harap pihak-pihak ini (calon-calon) berhenti berkempen untuk pemilihan UMNO.



“(Yang penting) kita hendak menang pilihan raya (umum ini). Kita cuma ada lima hari saja lagi (tempoh berkempen). Lupakan perkara itu (pemilihan parti) buat sementara waktu, kemudianlah kita fikirkan mengenainya,” katanya lagi.

Penyandang Parlimen Pontian itu berdepan dengan Senator Datuk Isa Ab Hamid (PN-Bersatu), Shazwan Zdainal Abidin (PH-DAP) dan Jamaluddin Mohamad (GTA-Pejuang) pada PRU15, Sabtu ini. MG

Ini kempen PRU15 bukan pemilihan UMNO- Ahmad Maslan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Adakah Muhyiddin masih anggap PAS parti ‘ajaran sesat’ [VIDEO]

Nadia Brian dikritik, sampai nampak bonjol payudara ( Video)



Kostum bertanduk, Fasha Sandha teruk ‘ditarbiah’ netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker