Jika masih ada maruah, keluarlah parti

Wan Fayhsal cabar Syed Hussin

Jika masih ada maruah, keluarlah parti

Pemimpin Bersatu mencabar seorang Ahli Parlimen yang mengisytiharkan sokongannya kepada kerajaan, agar meninggalkan parti itu susulan pelantikannya mengetuai jawatankuasa kerajaan menangani kenaikan harga makanan dan kos sara hidup.

Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal adalah salah seorang daripada enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan dalam tempoh beberapa bulan lalu.



Pada Ahad, Anwar mengumumkan bahawa beliau akan mengetuai jawatankuasa di bawah Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol).

Bercakap kepada FMT, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menyifatkan pelantikan Syed Hussin sebagai memalukan kerajaan.

“Kalau dia masih ada maruah, dia patut keluar parti, tapi dia macam tak tahu malu,” katanya.

“Memang memalukan kerajaan perpaduan yang sudah mempunyai menteri dan Ahli Parlimen sendiri, terpaksa mengambil Ahli Parlimen Bersatu yang hipokrit untuk menyelesaikan isu rakyat.



“Jika beliau jujur dan adil, beliau harus mengosongkan kerusi Bukit Gantang dan menyerahkannya kembali kepada rakyat.”

Adun Bemban Dr Yadzil Yaakub turut mencabar Syed Hussin meninggalkan Bersatu. Beliau berkata tidak ada keperluan untuk Syed Hussin menjadi ragu-ragu, selepas Syed Hussin berkata beliau akan tetap setia kepada Bersatu walaupun berikrar menyokong Anwar.

Yadzil, yang merupakan ketua pembangkang di DUN Melaka, berkata menerima jawatan Naccol “menandakan pelanggaran dasar parti”.

“Jika dia seorang yang berintegriti, dia harus meninggalkan parti,” katanya.



“Dia harus berpegang teguh pada prinsipnya. Seseorang tidak boleh menuntut kesetiaan kepada isterinya, pada masa yang sama terlibat dalam hubungan luar nikah.”

Pada Ahad, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu bersetuju untuk meminda perlembagaan parti bagi menghalang wakil rakyatnya daripada menyokong kerajaan tanpa keluar parti, sekali gus mengetepikan undang-undang anti-lompat parti.

Selain Syed Hussin, lima lagi Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Anwar ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjung Karang).

Semua enam Ahli Parlimen itu menyebut mengenai keperluan di kawasan mereka dan menyokong dasar kerajaan persekutuan. Bagaimanapun, mereka juga berkata akan kekal setia kepada Bersatu. FMT



Jika masih ada maruah, keluarlah parti

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai 71 aset Daim yang tidak disytihar



Video lucah ‘Dark Side’ Malaysia serendah RM35

Uqasha ditinggalkan sendirian ketika hamil



Gol Faisal Halim dipertimbangkan untuk merebut Anugerah Puskas FIFA

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker