Parti Mahathir dedahkan mereka tidak solo hadapi PRU-15

KOTA BHARU – Parti Mahathir atau Pejuang Tanah Air (Pejuang) belum mengadakan rundingan secara rasmi dengan mana-mana parti lain untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, ada perbincangan dilakukan ke arah usaha kerjasama tersebut tetapi dilakukan secara tidak formal.

“Perbincangan tidak formal itu dibuat dengan beberapa parti termasuk parti dalam kerajaan, pembangkang dan parti-parti yang berkecuali.



“Kemungkinan besar Pejuang tidak akan memasuki PRU15 secara berseorangan,” katanya dalam sidang akhbar pada Program Pemukiman Pejuang negeri Kelantan di Grand Riverview Hotel di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Timbalan Presiden Pejuang, Datuk Marzuki Yahya.

Mukhriz berkata, parti itu terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak baik dari segi gabungan atau pakatan literal selain tidak menganggap parti yang tidak menyokong mana-mana pihak sebagai kecil.

Dalam pada itu, katanya, Pejuang adalah parti Melayu yang menyasarkan negeri-negeri majoriti penduduk Melayu termasuk Kelantan untuk bertanding kerusi pada PRU15 nanti.



“Jumlah kerusi yang Pejuang akan bertanding itu belum lagi diputuskan dan Majlis Pimpinan Negeri akan mengenal pasti kerusi yang bersedia untuk ditawarkan calon menjelang PRU15.

“Kini fokus kita, membuat persiapan dari segi jumlah ahlinya, calon yang terlatih dan yang diterima baik oleh penduduk setempat serta ada kriteria-kriteria lain,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi



Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin

Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker