Isteri ditikam suami kerana curang dalam mimpi

BRASILIA – Seorang lelaki di Planaltina, Brazil dituduh menikam isterinya selepas terjaga dari mimpi yang memaparkan wanita itu menjalinkan hubungan sulit, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Lelaki berusia 37 tahun itu menikam isteri yang dikahwininya sejak 13 tahun lalu pada  leher, tulang selangka dan tangan dalam  kejadian di rumah mereka.

Insiden dikatakan berlaku pada 9 Ogos lalu, manakala suspek melarikan diri dan ditahan lima minggu kemudian.

Menurut polis, pasangan suami isteri yang memiliki  empat anak itu bertengkar di tengah malam selepas suspek bermimpi pasangannya menjalinkan hubungan sulit.



Suspek yang identitinya tidak didedahkan oleh polis, mengambil sebilah  pisau dan dikatakan mengugut mangsa ketika bertanya tentang mimpinya.

Mangsa menafikan sebarang salah laku dan meyakinkannya bahawa itu hanyalah khayalan lelaki berkenaan.

Menyangka perkara tersebut selesai, mangsa kembali menyambung tidur,  namun suspek dipercayai masih teringat-ingat akan mimpinya hingga menimbulkan rasa marah.

Lelaki itu kemudiannya mengambil pisau dan menikam badan mangsa berulang kali.



Bagaimanapun, isterinya bernasib baik kerana berjaya melarikan diri daripada  serangan itu dan dibawa ke hospital oleh jiran-jiran.

“Suspek  dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan isterinya kerana menganggap mimpinya sebagai petunjuk sebelum mengambil pisau dan menikam mangsa.

“Wanita itu sempat melarikan diri dan sedang dirawat di sebuah hospital perbandaran,” kata ketua polis tempatan, Thiago Cesar.

César berkata,  lelaki itu mengaku melakukan jenayah itu dan dia mempunyai rekod jenayah lampau.



Dia kini berdepan pertuduhan cubaan membunuh. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker