Datuk Red mengaku ‘scammer’

Datuk Red mengaku ‘scammer’

“Ya! saya mengaku sebagai ‘scammer’ tapi ‘scammer’ yang baik jika itu jawapan yang boleh memuaskan hati netizen dan pihak terbabit,” kata Datuk Red ketika diminta mengulas dakwaan pihak yang mendakwa menjadi mangsa penipuannya dalam urusan jual beli tanah sebelum ini

Datuk Red atau nama sebenarnya, Datuk Seri Adenan Abu, 46, berkata, dia juga berharap pengakuannya sebagai ‘scammer’ itu dapat memuaskan hati semua pihak termasuk pengikutnya di media sosial.



“Sebab orang memang dah kecam pun, saya nafikan pun orang cakap juga, ini ‘scammer’ akhir zaman lah, jadi saya mengaku sajalah,” katanya kepada Harian Metro.

Kata suami penyanyi Adira Suhaimi itu, dia kini berusaha untuk melunaskan hutangnya dan bebas dari dakwaan ‘scammer’ itu.

“Kalau mengaku pun menjadi satu kesalahan, saya nak buat macam mana? Tapi mana ”scammer’ yang mengaku penipuannya itu? Sebab itu saya cakap, saya ‘scammer’ yang baik.

“Sebab saya tak cakap pun tapi orang yang cakap, bila orang cakap saya mengiyakan sajalah. Sebab selagi saya tak mengaku selagi itulah orang bercakap.



“Saya tak suka nak bangkang semua ni sebab banyak lagi benda yang saya nak fikir dan macam mana saya nak bangkit semula,” katanya.

Kata Datuk Red lagi, dia juga meminta pihak yang terbabit memberi tempoh untuknya melunaskan hutang berkenaan.

“Ada juga pihak yang saya berhutang itu menghantar ‘Direct message’ dan memberi semangat pada saya untuk bangkit semula.

“Maklumlah, saya baru enam hari mula bekerja takkanlah saya boleh selesaikan hutang hampir RM7 juta dalam tempoh singkat? Cubalah doa yang baik-baik buat saya,” katanya.



Terdahulu, Datuk Red meminta pihak yang mendakwa sudah menjadi mangsa penipuannya dalam urusan jual beli tanah sebelum ini agar bersabar dan bertenang kerana dia masih berusaha mencari duit.

Menurutnya, dia perlu masa untuk menyelesaikan semua hutang itu serta mensasarkan ada ‘berita baik’ untuk mangsa terbabit selepas sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. HM

Datuk Red mengaku ‘scammer’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker