Florence Tan suatu inspirasi – Sultan Johor

Florence Tan suatu inspirasi – Sultan Johor

Johor Bahru: Sultan Johor menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian seorang wanita kelahiran Johor, Florence Tan yang dilantik Timbalan Ketua Juruteknologi di Ibu Pejabat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA).

Florence Tan yang berasal perkampungan nelayan di Muar berjaya menempa nama di persada antara bangsa selepas dilantik NASA yang berpangkalan di Amerika Syarikat.



“Saya mengucapkan tahniah dan menzahirkan rasa bangga atas kejayaan anak kelahiran Johor ini hingga menempa nama di luar negara.

“Ini juga adalah satu kejayaan yang turut membanggakan rakyat serta mengharumkan nama Johor di peringkat antarabangsa,” titah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam Facebook rasmi baginda hari ini.

Sultan Ibrahim turut bertitah supaya pencapaian anak kelahiran Johor itu menjadi dorongan serta inspirasi kepada seluruh rakyat untuk mencatat lebih banyak kejayaan di peringkat dunia.

Florence Tan meninggalkan Malaysia pada usia 18 tahun untuk menamatkan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan komputer di Universiti Michigan Barat di Amerika Syarikat.



Beliau kemudian menamatkan ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran dalam kejuruteraan elektrik di Universiti Johns Hopkins.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga diterima sebagai pelatih di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard NASA berdasarkan pengajiannya dalam teori elektromagnet dan selepas menamatkan pengajian mula bekerja di situ sebagai pengaturcara.

Florence yang juga saintis menghasilkan projek Cassini iaitu sebuah kapal angkasa untuk meneroka planet Zuhal.

Dia juga mencipta elektronik untuk spektrometer jisim, peranti seperti hidung yang membantu penjelajah menghidu sampel gas di Marikh, Zuhal dan Titan. HM



Florence Tan suatu inspirasi – Sultan Johor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat



Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker