RUU Antilompat: Tujuh soalan pada pihak berkepentingan didedah

Kumpulan berkepentingan ditanya tujuh soalan mengenai “parameter” undang-undang untuk menyekat pahli parlimen daripada bertukar parti oleh jawatankuasa pilihan khas yang ditugaskan untuk mereka bentuk undang-undang sedemikian.

Perkara itu dimaklumkan oleh kumpulan pendesak reformasi pilihan raya, Bersih yang mendedahkan kepada umum maklum balas mereka kepada tujuh soalan itu.

Tarikh tutup bagi kumpulan berkepentingan untuk mengemukakan maklum balas mereka ialah hari ini.

Sebelum ini gerak kerja Jawatankuasa pilihan berkenaan yang dibentuk pada 11 April lalu tidak banyak didedahkan.

Tujuh soalan tersebut adalah seperti berikut:

1. Sama ada pelaksanaan peruntukan melarang ahli Dewan Rakyat daripada melompat parti harus mempertimbangkan untuk mengehadkan pindaan kepada perlembagaan Persekutuan sahaja atau patutkah ia termasuk penggubalan akta tertentu juga?

2. Sama ada ahli parlimen Bebas perlu tertakluk kepada peruntukan yang menyekat ahli parlimen daripada bertukar parti?

3. Sama ada ahli Dewan Negara perlu tertakluk atau dipertimbangkan peruntukan yang menyekat ahli parlimen daripada bertukar parti? Sila jelaskan.

4. Sama ada munasabah untuk menganggap penyingkiran seseorang ahli parlimen oleh partinya dianggap sebagai bertukar parti dan kerusinya dikosongkan?

5. Sama ada ahli parlimen yang menggunakan lambang parti lain semasa pilihan raya dikehendaki menjadi ahli parti itu? Jika ya, adakah tindakan itu dianggap sebagai menukar parti dan kerusinya dikosongkan?

6. (i) Sama ada ahli parlimen yang meninggalkan partinya dan menjadi ahli parti lain dalam gabungan yang sama dianggap sebagai menukar parti dan perlu mengosongkan kerusinya?

(ii) Sama ada ahli parlimen yang meninggalkan partinya dan menjadi ahli parti lain dalam gabungan yang berbeza dianggap sebagai menukar parti dan perlu mengosongkan kerusinya?

7. Sama ada peruntukan untuk menyekat lompat parti dikenakan ke atas ahli Dewan Undangan Negeri? Sila jelaskan.

Soalan-soalan ini dikemukakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri bagi pihak jawatankuasa pilihan kepada Bersih dan lain-lain pihak pada 27 April lalu.

Jawatankuasa pilihan atau Bahagian Hal Ehwal Undang-undang tidak mendedahkan siapa atau entiti lain yang akan dirujuk, manakala tarikh mesyuarat jawatankuasa pilihan akan datang juga tidak diumumkan.

Setakat ini, pengerusi jawatankuasa pilihan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan parlimen), Wan Junaidi Tuanku Jaafar hanya mengeluarkan satu kenyataan akhbar mengenai mesyuarat jawatankuasa itu, yang mengatakan bahawa ia akan mendapatkan pandangan bertulis.

Katanya, jawatankuasa ini perlu memastikan kerahsiaan perbincangan dan dokumen yang diteliti perlu dijaga selaras dengan Peraturan 85 Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Namun begitu, Bersih, menegaskan perlunya ketelusan, dengan mengemukakan semua jawapan mereka kepada umum. [Lihat dokumen yang dilampirkan di bawah]

“Kami telah memaklumkan semua pandangan, pendirian dan cadangan kami mengenai lompat parti dalam kenyataan dan laporan penyelidikan sejak dua tahun lepas, dan kami mahu meletakkan penyerahan ini kepada PSSC dalam domain awam,” kata Bersih.

Rang undang-undang (RUU) untuk menghalang ahli parlimen bertukar parti terkandung dalam perjanjian keyakinan-dan-pembekalan antara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dan Pakatan Harapan.

Ia sepatutnya diluluskan semasa sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini. Tarikh akhir itu luput pada 24 Mac.

Ismail mencadangkan RUU itu dibentangkan dan diluluskan pada 11 April.

Namun pada 6 April, kabinet membuat perubahan besar kepada RUU berknaan.

Pada saat-saat terakhir sebelum pembentangan RUU itu, Ismail dan Pakatan Harapan bersetuju untuk menangguhkan proses itu sehingga jawatankuasa pilihan baru memperhalusinya.

Ismail Sabri tidak menetapkan tarikh akhir untuk meluluskan RUU tersebut, manakala kenyataan terakhir Wan Junaidi mengenai perkara itu menyaksikan beliau berpendapat bahawaRUU itu perlu diluluskan “sebelum pilihan raya umum ke-15”.

Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan Wan Junaidi sebelum ini, pembentangan RUU itu tidak mungkin berlaku lebih awal daripada tarikh 7 Jun manakala mesyuarat ketiga Dewan Rakyat sebelum ini dijadualkan bermula pada 18 Julai.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker