Isu Jebat: RichWork tunjuk bukti kejayaan usahawan jutawan



PETALING JAYA- Richworks International Sdn. Bhd. (Richworks) terus menampilkan beberapa bukti usahawan jutawan berjaya dilahirkan mereka melalui bimbingan dan latihan bagi membidas kenyataan dilontarkan YouTuber, Jebat Derhaka.

Pengasas dan Pengerusi RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, YouTuber yang mempersoalkan kejayaan pihaknya juga tidak memunculkan diri ketika mereka menampilkan bukti kejayaan usahawan jutawan.

“Saya amat bengang bila ada orang mempersoalkan kejayaan dan pencapaian anak didik yang menyaksikan transformasi bukan saja bisnes malah kehidupan.

“Mereka memberikan komitmen tinggi bagi membina bisnes berjaya hasil daripada strategi dan metadologi yang betul,” katanya ketika sesi khas Weekly Zoom bersama ahli Titanium.

Katanya, pihaknya turut berkongsi kedudukan tertinggi 100 daripada 300 usahawan jutawan yang dikongsikan supaya menjadi bukti sekali gus menunjukkan semua orang boleh berjaya.




“Saya nak betulkan perspektif apa dikata, betul ke RichWorks ini melahirkan usahawan jutawan dan satu ‘skim cepat kaya’.

“Kita ada formula dan strategi yang betul, motivasi semata-mata tak cukup untuk membina bisnes yang berjaya,” jelasnya.

Azizan memberitahu, peniaga di luar jangan berniaga hanya pada tahap yang sama malah ala-ala saja.

“Orang berniaga sepatutnya buat duit, itu prinsipnya. Jika tidak buat duit bermakna anda tak buat dengan betul,” ujarnya.

Pada masa sama, Azizan juga sempat menemu bual salah seorang usahawan jutawan iaitu Pengasas premium sofa jenama Ella Furniture, Nur Laila Alway yang bermula dari rumah sebelum dibimbing RichWorks.




Beliau seorang suri rumah baru mula bisnes sekitar Ogos 2019 dan keluarganya juga tidak ada pengalaman berniaga sebelum mendapatkan bimbingan RichWorks pada 2020.

Sebelum dibimbing, beliau hanya dapat jual 3 biji sofa seminggu yang bernilai dalam RM6,000 namun kini purata jualan sebulan RM1.5 juta dengan pengeluaran 40 sofa sehari. -KOSMO! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929




CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock



Leave a Reply

Your email address will not be published.